in , , ,

Gambar Seksi Ebi Jadi Viral & Info Pelancaran Dafi FC Esok!

Esok hari Sabtu (7 April), Konsert Akademi Fantasia yang ke-4 akan bersiaran pada jam 9 malam di astroria. Bukan lagi 8.30 malam.

Melihat kepada keputusan undian terkini, Ebi sekarang mendahului Dafi, Aizat dan pelajar lain. Seperti biasa, pelajar lelaki mendominasikan kedudukan teratas. Adakah Dekna dan Mila akan tersingkir pada minggu ini…?

Anda terkejut melihat nama Ebi di kedudukan teratas? Saya tak terkejut. Dalam AF apa sahaja boleh berlaku. Inilah impak daripada show Ebi di konsert minggu ke-3 yang dikatakan terbaik setakat ini.

Juga penyebaran gambar Ebi ketika menyertai pertandingan model. Jadi, tak hairan ramai perempuan yang akan jatuh cinta pandang pertama dengan gambar Ebi yang menonjolkan otot-otot perut Ebi yang berpetak-petak dan dada yang bidang itu. 🙂

447820623 759E3C4Dcd O | 4

Saya menjangkakan aura Ebi sedang meningkat dan dia sedang menjadi tumpuan penonton. Karakter dan cerita-cerita Ebi mula diperbualkan. Apakah ini akan memberi hype dan nafas baru kepada Akademi Fantasia? Ada sesiapa yang nak tubuhkan Fan Club untuk Ebi? Ai, takkan takde kot? At least buat la website untuk Ebi ke…

Esok juga pada pukul 5 petang akan diadakan Majlis Pelancaran THE OFFICIAL DAFI FC di STRAWBERRY CAFÉ, Petaling Jaya.

Kepada peminat dan pengundi Dafi terutama yang akan pergi ke Dewan Sivik malam esok, bolehlah hadir untuk pendaftaran dan menyertai majlis yang diadakan PERCUMA untuk anda!

Café tersebut terletak di kedai kedai berhadapan Dewan Sivik (lokasi Konsert AF), PJ. Cuma kena seberang jalan saja.

Majlis pelancaran tidak mengenakan sebarang bayaran. Poster percuma akan diberi kepada semua yang hadir dan T-shirt THE OFFICIAL DAFI FC boleh dibeli dengan harga RM15. Free saiz untuk lelaki dan perempuan.

Selepas pelancaran rasmi, makan petang akan disajikan diikuti sesi bergambar dan sesi membuat poster (bahan bahan poster dan gambar akan diagihkan secara percuma). Jika anda berminat untuk membawa bahan bahan dan gambar Dafi milik anda sendiri untuk membuat poster, kami mengalu-alukannya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Naib-President Fan Club, Kak Awin di talian 0126828303 atau Mr. Manager, di talian 016 9786883.

Warna kegemaran DAFI adalah merah hati (maroon red) dan tema pakaian adalah SANTAI MERAH HATI.

DAFInitely DAFI!

Berikut gambar-gambar peminat Dafi daripada koleksi Sensasi Selebriti:

441863399 E219E8De89 O | 5

Orang kuat Dafi FC bersama peminat Dafi

441859894 E193B8A91F O | 6

Mr Manager bersama Presiden Dafi FC

441860180 2148185000 O | 7

Bersama kakak Dafi

441843565 52C447508F O | 8

Gambar Dafi & Aizat

433258660 Eab42A84Fa | 9
433261311 Cfaf18A552 | 10

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mamat Khalid 2020 | 27

Filem ZOMBI KAMPUNG PISANG – Komedi Sinikal ala Mamat Khalid

Sazzy Falak | 28

Profile & Biodata Sazzy Falak