in , ,

Kisah Cinta Berlandaskan Islam Dalam ILAIKA YUSUF Lakonan Jue Aziz & Azam Pitt di TV2

Kemunculan pelakon cantik, Jue Aziz melakonkan watak utama dalam drama bersiri “Ilaika Yusuf” yang menemui penonton mulai 1 April ini, setiap Sabtu, pukul 11.30 pagi di TV2 pastinya mampu mengubat kerinduan peminat terhadap lakonannya.

Digandingkan bersama Azam Pitt sebagai watak utama, 13 episod turut dibintangi oleh Aida Khalida, Hamidah Wahab, Roslan Salleh dan Ramasundram.

Drama arahan Harris Fadzillah ini mengangkat kisah bila mana watak utamanya, Umaira terlantar sakit, pucat tidak bermaya dan menyebut-nyebut nama Yusuf. Demi nyawa Umaira, Ustaz Iqbal cadangkan kepada Ehsan dan Nek Msunah supaya membenarkan Umaira menemui Yusuf.

Kisahnya bermula apabila Umaira, Intan, Aisyah, Steven dan Bob menaiki sebuah van, mereka menikmati keindahan panorama kampung dan persekitarannya. Ketika van menghampiri kampung terdekat, kedengaran suara merdu Yusuf sedang mengalunkan azan. 

Kisah Cinta Berlandaskan Islam Dalam Ilaika Yusuf Lakonan Jue Aziz &Amp; Azam Pitt Di Tv2

Ketika solat maghrib berjemaah di masjid, Yusuf dan Umaira bertentangan mata. Intan dan Aisyah bercerita tentang kekacakan Yusuf sebaliknya Umaira menunjukkan rasa tak minat.

Yusuf meluahkan rasa berat hatinya kerana dilantik sebagai pengerusi belia masjid kepada Yaakob yang memberinya semangat. Salina menghantar makanan kepada Yusuf dan Yaakob. Umaira bertembung dengan Salina dan kecewa kerana menyangkakan Salina kekasih Yusuf. 

Tanpa sedar wujud rasa cinta di hati Yusuf dan Umaira begitu juga sebaliknya. Namun ianya tidak semudah yang disangka bila takdir menentukan ada batu penghalang yang menyekat hubungan mereka. Pada masa yang sama Yusuf keliru terhadap perasaan Umaira kepadanya kerana dia pernah salah faham mengatakan Umaira enggan menerimanya sebagai sahabat satu ketika dulu kerana keadaan keluarganya yang miskin. Sebaliknya Umaira berkelakuan begitu kerana menyangkakan Yusuf dan Salina sedang berhubungan.

Kepulangan Umaira ke Kuala Lumpur telah mengubah segalanya. Apatahlagi sebelum pulang, dia sempat mengetahui keadaan sebenar bahawa Yusuf hanya menganggap Salina sebagai teman.

Begitu pun hubungan mereka mendapat tentangan hebat keluarga masing-masing. Ibu Yusuf lebih rela bermenantukan gadis bertudung seperti Salina manakala ayah dan nenek Umaira mahu menjodohkannya dengan Rafiq yang dirasakan setaraf dengan mereka. Lalu di tengah persimpangan jalan itu, mampukah cinta meraka bersatu? Saksikan kesudahannya dalam drama bersiri Ilaika Yusuf.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jejak Amalan Budaya Qasidah Dalam 13 Episod Seru Qasidah

An Evening with Brian McKnight Pada 9 April Ini