in ,

Kini Bergelar Senator, Ras Adiba Umum Berundur Dari Dunia Penyiaran

Empat hari lalu, Budiey ada menyiarkan berita tentang Personaliti televisyen dan penyampai berita NTV7, Ras Adiba Radzi telah dilantik menjadi senator mewakili golongan orang kurang upaya (OKU). Hari ini, beliau akan dilantik secara sah. Tahniah!

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, personaliti televisyen Ras Adiba Radzi berkongsi khabar berita apabila dia secara rasminya telah mengucapkan selamat tinggal pada dunia penyiaran selepas 34 tahun berkecimpung dalam bidang ini.

Berat Untuk Buat Keputusan 

Berkongsi rasa sedih untuk meninggalkan bidang yang sudah menjadi ‘darah dagingnya’, Ras akui pada mulanya dia agak berat untuk membuat keputusan ini. Namun demi tanggungjawabnya dan percaya dengan takdir Ilahi, dia percaya keputusan seumpama ini pasti akan tiba.

Kini Bergelar Senator, Ras Adiba Umum Berundur Dari Dunia Penyiaran

Dilantik Sebagai Senator 

Difahamkan, Ras meninggalkan titik noktah dalam dunia penyiaran selepas pembaca berita NTV7 ini dilantik sebagai senator mewakili golongan orang kurang upaya (OKU). Majlis angkat sumpah untuk jawatan itu akan diadakan pada hari ini.

Dalam perkongsian tu, dua hari lalu merupakan kali terakhir dia dilihat di kaca televisyen sebagai seorang pembaca berita jam 8 di NTV7.

View this post on Instagram

Setelah 34 tahun,saya bakal tinggal kan sesuatu yang saya kasihi & dikasihi. Saya hidup,makan,lena & bertugas sebagai Penyelaras pakaian,Wartawan siaran,Pengulas sukan,Penerbit & Penyampai berita. Sejak 1986 di Jln Liku,saya menjadi Penyampai berita termuda negara. Saya seronok pabila diberi tugasan luar & membaca berita.Ianya hidup saya.Teruja sungguh pabila mendengar kiraan saat untuk ke udara & sejurus lampu dinyalakan. Namun hari ini adalah hari yang saya tahu akan jelang tetapi tidak tahu kapan akan tibanya. Saya adalah seorang pemberita selamanya & berat sungguh untuk saya buat keputusan ini.Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya. Dan malam ini jam 8,16Mei NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita. Pabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket & alat pendengaran dari dalam telinga saya.Kalbu saya teresak menangis kerna inilah pengakhirnya.Terimakasih TV3, terimakasih NTV7.Maaf kerana saya terpaksa berundur,bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi.Esak saya teramat sungguh namun tidak akan mahu saya ucapkan selamat tinggal. Apa mungkin saya akan dirindui? I’m leaving you after 34 years. I ate,slept,worked & lived as a Wardrobe coordinator,Boadcast journalist,Sport commentator, Producer & News Anchor.From as far back as 1986 in Jalan Liku,Bangsar,I grew up to become the country’s youngest Newscaster.My heart would sing each time I am on-air or out reporting on the ground, I never tire,it became a passion.My adrenalin would jump up high each time I hear the countdown & when the lights go on.This is a sad day,a day that I know would come but not know when.I am a News woman & I will never stop being one.I bid you farewell dear love & I hope you know how much joy you have brought into my life.And tonight at 8pm,16th May NTV7,I shall remove the lapel microphone from my jacket very gently & the audio piece placed in my ears for the last time.My heart bleeds but I know that I have to do this & that I have done what it takes.Thank you TV3 & thank you NTV7,I leave you now,but I will never say goodbye.Perhaps you would miss me too? #7editionmalaysia #ntv7malaysia #tv3malaysia #mediaprimaberhad

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi) on

“Saya adalah seorang pemberita selamanya dan berat sungguh untuk saya buat keputusan ini. Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya.

“Dan malam ini (semalam) jam 8 di NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita apabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket dan alat pendengaran dari dalam telinga saya. Kalbu saya teresak menangis kerana inilah pengakhirnya.

“Maaf kerana saya terpaksa berundur bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi.

Esok saya teramat sungguh namun tidak akan mahu saya ucapkan selamat tinggal. Apa mungkin saya akan dirindui?,”

– Ras Adiba Radzi

Sebagai info, Ras memulakan karier sebagai seorang penyampai berita sekitar tahun 1986. Ketika itu, figura ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi penyampai berita termuda negara.

Bagi pelantikannya sebagai senator, Ras adalah yang ketiga selepas Allahyarham Y.B Dr Ismail Md. Salleh dan Y.B Bathmavathi Krishnan. Terima kasih dan selamat bertugas buat Senator Ras Adiba Radzi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diana Danielle | 17

Diana Danielle ‘Kantoikan’ Kehidupan Sebenar Penggiat Seni

Melinda Looi 2020 | 18

Maxis Hulur Bantuan Untuk Kekalkan Tradisi Ramadan & Beri Inspirasi Positif