in

King Coco Buat Comeback Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai

Masihkah anda ingat dengan selebriti media sosial, King Coco yang beberapa tahun lalu terkenal dalam kalangan netizen dengan video bercakap dengan pelat ala mat salih ‘Mat Saleh’ dan ‘lots of mix’.

Namun, itu dulu, King Coco atau namanya Marshaira Ismail, 22 tahun, sekarang bukan calang-calang orang dan kini kembali menjadi bualan ramai apabila dia melibatkan diri dalam dunia politik menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Penglibatan Coco dalam politik mula dihidu netizen selepas satu poster kempen bagi merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak tersebar di media sosial sejak Selasa.

Ramai yang terkejut apabila hasil semakan di Facebook Bagan Serai Kampung HalamanKu mendapati ibu kepada seorang anak itu sudah memenangi jawatan Ketua Srikandi Bersatu bahagian Bagan Serai di Perak. King Coco yang bertanding untuk pemilihan Bahagian 2020/2022 memenangi jawatan tersebut apabila mendapat 62 undi dan menewaskan dua calon lain. Keputusan berkenaan diumumkan pada Ahad lalu.

Momen Kemenangan King Coco

Perkara itu menjadi bualan hangat ramai sehingga nama King Coco kini trending di Twitter.  Rata-rata netizen terkejut mendengar berita tersebut dan ada yang mengatakan bahawa dia membuat ‘come back’ setelah beberapa tahun “menghilangkan diri” tidak terpalit dengan apa-apa kontroversi.

King Coco

Walaupun terdapat pihak yang menyokongnya, ada juga segelintir warga maya menyuarakan rasa tidak senang terhadap perkembangan itu.

Antaranya akaun Twitter @NaratifRakyat yang menyifatkan Coco tidak sepatutnya diangkat sebagai ketua Srikandi kerana merasakan dia tidak layak untuk memegang jawatan itu.

“@PPBMofficial tak payah la ambik sampah sampah masyarakat macam King Coco. dikenali dengan banyak alasan yang salah…Lantik individu yang boleh menyumbang kepada masyarakat,”

Seperti biasa netizen melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan berkenaan dan mula melahirkan pendapat masing-masing.

“Serius la dah menang? Ingat baru nak calon. Hahahhaa.

“King Coco buat come back. Harap dia jadi pemimpin yang kelakar.

Level nak pilih ketua macam ni ke? Patut la politik Malaysia tidak berkembang,” tulis beberapa netizen di Twitter.

Fuh, pandai juga dia mengatur strategi sehingga boleh dikatakan berjaya menceburi bidang politik. Apa pula pendapat anda, layak atau tidak King Coco bergelar ahli politik?

Sebelum ini King Coco menjadi bualan ramai apabila mengakui mempunyai banyak darah campuran keturunan.

Coco juga sudah berkahwin pada 2017 ketika berusia 19 tahun dan kini mempunyai seorang anak.

King Coco

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri Maskulin | 19

Gimik Menangis Air Mata Darah Aliff Syukri, Ini Pesanan & Nasihat Ibunya Paling Win

Fattah Amin 2020 | 20

Fattah Amin Lancar Single Berjudul BEBAS Sebar Mesej Positif & Semangat Untuk Sukses