in ,

Kieran & Seelan Paul Hos Program Bual Bicara KAKI BOLA

TV9 (Saluran 119) membuka lembaran tahun 2012 dengan majlis pelancaran program bual bicara sukan bola sepak, Kaki Bola, pagi semalam. Rancangan mingguan yang pastinya akan membuat anda melekat di kaca televisyen ini akan mula disiarkan pada 9 Januari 2012, setiap Isnin, 9.30 malam. Kaki Bola akan diterajui oleh penyampai radio popular Hot FM, Maskiran Jakiran (Kieran) dan Seelan Paul.

Menurut Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, “Tahun 2012 menjanjikan hanya yang terbaik dari TV9 di mana kami akan memperkenal, memperbaharui dan menyuntik elemen-elemen baru serta mempelbagaikan genre di dalam kandungan program kami. Penerimaan positif pada tahun lalu memberikan kami dorongan untuk tampil dengan pendekatan yang lebih berani.”

“Kami amat yakin rancangan Kaki Bola akan menyambung kejayaan yang telah dikecapi oleh TV9 pada tahun 2011 lebih-lebih lagi dengan kolaborasi eksklusif bersama TM dan Hot FM yang sememangnya terkenal dengan sokongan terhadap persada sukan tanah air. TM telah pun menunjukkan begitu banyak minat dan inisiatif dalam mengetengahkan sukan bola sepak dan telah banyak membantu meningkatkan semangat peminat melalui kempen Team Malaysia.”

“TV9 juga amat teruja untuk Kieran dan ditemani oleh Seelan Paul mengacarakan rancangan ini yang terkenal dengan pendapat bernas mereka berkaitan dengan bola sepak. Rancangan Kaki Bola ini sudah pun hangat diperkatakan di alam siber walaupun belum mula bersiaran di kaca televisyen lagi. Justeru itu, kami terus yakin untuk menyiarkan Kaki Bola secara langsung pada waktu perdana,” tambah Sherina lagi.

Kaki Bola

Kolaborasi unik di antara TV9 dan Hot FM ini membolehkan rancangan Kaki Bola ini didengari melalui corong radio selama satu jam (6 petang hingga 7 petang) pada hari Isnin yang sekaligus memberi peluang kepada para peminat bola sepak untuk mendengar segala perihal sukan bola sepak sebelum rancangan Kaki Bola bermula di waktu malam pada hari yang sama.

Kaki Bola merupakan sebuah program santai dan interaktif serta mampu membuat para penonton tidak berganjak dari hadapan kaca televisyen. Ia berkonsepkan ‘daripada peminat untuk peminat’ di mana semua yang terlibat dalam pembikinan program ini seperti pengacara, pihak produksi dan lain-lain adalah penyokong setia bola sepak. Kaki Bola adalah satu platform yang lain dari yang lain untuk semua peminat-peminat bola sepak serata negara untuk bersatu dan berbincang dan bertukar pendapat tentang berita, pasukan, pakaian, aksi dan macam-macam yang terkini tentang sukan popular tersebut.

Untuk mendekatkan diri dengan penonton-penonton TV9, penyokong-penyokong bola sepak juga berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada rancangan ini di dalam studio dan mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik. Bukan itu sahaja, seorang tetamu yang terdiri dari pemain bola sepak atau personaliti akan dijemput ke set pada setiap episod untuk sama-sama membincangkan perihal bola dan menjalankan aktiviti-aktiviti menarik tentang topik yang diketengahkan.

Salah satu segmen di dalam rancangan ini adalah “Team Malaysia Kaki Sukan” yang akan membincangkan tentang isu-isu dan aktiviti yang sedang berlaku di dalam dunia bola sepak seperti pertandingan bola sepak pada minggu itu, perpindahan pemain, gosip dan fesyen. Segmen tersebut juga akan memaparkan perkembangan Team Malaysia termasuklah mengenai “chanters” Team Malaysia, penyokong, siri jelajah dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan Team Malaysia.

Selain segmen tersebut, terdapat satu lagi segmen istimewa di dalam rancangan ini – “Mencari Ramli” – yang juga merupakan segmen tajaan TM. Mengulas tentang segmen ini, Dato’ Rozalila Abdul Rahman, Ketua Pegawai Pemasaran, TM, berkata, “Segmen Mencari Ramli merupakan kesinambungan daripada kempen Team Malaysia dalam aspirasi mencungkil bakat seorang rakyat Malaysia bermain bersama pasukan bola sepak gergasi Liga Perdana Inggeris satu hari nanti. Segmen yang merupakan sebahagian daripada rancangan Kaki Bola akan memaparkan kisah 30 orang pemain bola sepak Malaysia (Bawah 16 tahun) dari Sekolah Sukan Bukit Jalil serta ranjau dan liku-liku yang mereka lalui sebelum menjadi pengisi kepada karakter “Ramli” seperti yang diceritakan melalui iklan televisyen TM-MU.”

“Ganjaran yang menanti para pemain yang terpilih amatlah menarik termasuk sesi latihan intensif di Manchester United Soccer School,” tambah Dato’ Rozalila.

Usaha ini, selain bakal mengukuhkan lagi jenama TM dalam arena bola sepak tempatan, turut merupakan bukti komitmen TM sebagai sebuah organisasi korporat yang menyokong acara-acara kesukanan – selari dengan cadangan Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah bangsa berbudayakan sukan sempena pengumuman tahun 2011 sebagai Tahun Industri Sukan Negara.

Krew Kaki Bola akan terus menemui orang ramai dengan satu aktiviti yang akan membuat anda tidak kering gusi iaitu “Gua Cabar Lu Buat” di mana hadiah akan diberikan kepada sesiapa yang dapat menjalankan cabaran dengan jayanya.

Satu lagi segmen menarik ialah “Kenali Pemain Anda” di mana pemain bola sepak negara akan diajukan beberapa soalan yang menyentuh kehidupan peribadi mereka dan juga pendapat eksklusif mereka tentang pemain-pemain lain yang tidak pernah diketahui oleh orang lain! Mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu kan?

Penonton juga boleh e-mel apa sahaja gambar-gambar lucu berkenaan sukan bola sepak untuk dimasukkan ke dalam segmen “Aksi Kaki Bola”. Terdapat segmen-segmen lain seperti “Youtube Video”, “Penyokong Mingguan” dan banyak lagi yang pastinya akan menarik perhatian dan membuat anda lebih meminati sukan bola sepak ini!

Menarik bukan? Oleh itu, jangan lupa untuk menonton KAKI BOLA mulai 9 Januari 2012 pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam, sebuah rancangan dari peminat bola khas untuk kaki bola TV9!

Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola
Kaki Bola

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aktifkan Minda Dengan BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS

Doraemon & Friends Arrive at Tokyo Street