in ,

KIDS PARADE & CAKE DAY

Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak dan Ulangtahun TV3 yang ke 26, KIDS PARADE & CAKE DAY kembali untuk anjuran tahun yang kedua. Bertemakan “Persahabatan” dan seiring dengan konsep 1Malaysia, KIDS PARADE & CAKE DAY menjadi platform bagi penonton dari semua lapisan umur dan masyarakat untuk sama-sama beriadah sekeluarga sambil berhibur.

Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan khas untuk kanak-kanak di KIDS PARADE, antaranya, perarakan kanak-kanak dari pasukan beragam, sekolah dan rumah anak yatim, ramah-mesra bersama karakter kartun seperti Upin & Ipin, Doraemon dan Bakugan, pertunjukkan silap mata oleh Amar, persembahan pasukan sorak dan brass band, sudut bacaan dan Movie Magic.

Sambutan ulangtahun TV3 ke 26 dimeriahkan lagi dengan pelancaran CAKE DAY. Disusuli dengan aktivti demostrasi menghias dan lelongan kek oleh personaliti TV dan artis tempatan seperti Ahmad Fedtri Yahya, Sharifah Shahira, Wan Sharmila, Fizz Fairuz, Dynas Mokhtar dan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha.

Acara diakhiri dengan konsert mini di pentas utama yang menampilkan barisan kumpulan independent tempatan dan artis terkenal tanahair.

Program : KIDS PARADE & CAKE DAY
Tarikh : 31 Oktober 2010 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 6.00 petang (sila lihat lampiran aturcara)
Tempat : Perkarangan Sri Pentas
Bandar Utama, Petaling Jaya

ATURCARA KIDS PARADE & CAKE DAY

8.00 pagi Pendaftaran Movie Magic, Kids Scuba, Reading Room dan lain-lain
8.30 pagi Perarakan Kanak-kanak bermula
9.00 pagi Pertandingan Menghias Kek bermula
12.00 tengahari Pertunjukan silap mata oleh Amar
1.15 petang Persembahan teater kanak-kanak
1.30 petang Demostrasi menghias kek oleh artis jemputan
2.00 petang Pelancaran CAKE DAY
Ramah-mesra bersama karakter kartun, Upin & Ipin, Doraemon dan Bakugan
2.15 petang Persembahan pasukan sorak
2.30 petang Persembahan brass band
2.45 petang Persembahan Cosplay
3.00 petang Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang
4.00 petang Mini konsert bermula
6.00 petang Tamat

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

KURANGKAN BERAT BADAN ANDA DENGAN PRODUK S.I.Y

Hercules, The Terminal & The Mistress Of Spices