in , ,

Khir Rahman Mohon Maaf Berhubung Isu Babak Rogol Dalam Filem ANAK HALAL

Penerbit dan pengacara program Rumah No 107 iaitu Khir Rahman memohon maaf terhadap Raja Farah dan suaminyaterhadap isu mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal .

Selepas pelakon popular Fauzi Nawawi, kini giliran Khir Rahman pula tampil memohon maaf terhadap isu mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal yang menjadi isu apabila membabitkan pelakon wanitanya iaitu Raja Farah.

Khir menerusi Instagram miliknya berkata, dia bersama tetamu undangan dalam rancangan yang dihoskannya itu tidak berniat langsung untuk membuka aib sesiapa.

“Justeru saya ingin sekali lagi memohon maaf pada Raja Farah dan seluruh keluarganya. Bahawa saya menjadi ‘sauh’ dalam program ini bukan untuk membuka aib sesiapa.

Sedikit pencerahan, sebagai ‘sauh’, tugas saya dan beberapa teman mengacara adalah untuk mencungkil cerita yang belum pernah diceritakan oleh tetamu di platform lain (rancangan lain).

“Ada masa berjaya dicungkil, dan ada masa tidak. Kebanyakan tetamu sangat ‘sporting’ dan memberi kerjasama yang baik,

..ada masanya berjaya dicungkil ..dan ada masa-masanya tidak.

“Kebanyakan tetamu sangat sporting dan telah memberi kerjasama yg baik.. sy percaya mrk yg pernah menonton rancangan ini sangat hargai keterbukaan tetamu dalam berkongsi cerita ..kita ketawa dan menangis bersama menontonnya.

Oleh kerana itu saya juga percaya semua pihak bersetuju utk merakam terlebih dahulu dan bukan dibuat secara langsung.. tujuannya supaya ada bahagian-bahagian / keterlanjuran kata-kata yang boleh ditapis,” jelasnya.

Khir Rahman Mohon Maaf Berhubung Isu Babak Rogol Dalam Filem ANAK HALAL

Sebelum ini, Raja Farah serta suaminya meluahkan rasa tidak puas hati apabila Fauzi menerusi sebuah program televisyen yang dihoskan oleh Khir telah berbicara mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal.

Raja Farah dah suaminya menyatakan tindakan Fauzi itu adalah perkara yang sangat memalukan serta tidak menjaga aib dan kehormatan seorang wanita.

Menurut Khir, dia juga bersyukur kerana Raja Farah dan suaminya mempunyai hati yang mulia untuk memaafkan keterlanjuran yang telah dilakukannya itu.

Dalam pada itu, Khir secara peribadi juga memohon agar penyebaran video tersebut yang kini viral di media sosial dapat dihentikan serta merta. 

“Saya tak pasti kalau ada pihak yang tidak berpuas hati pada mana-mana pihak… namun penularan video tersebut mesti dihentikan segera… ada keterlanjuran dan maruah yang perlu kita sama-sama jaga,” tegasnya

Terdahulu pelakon Fauzi Nawawi dikecam warganet berikutan pengakuan menyukai wataknya sebagai perogol.

Dia menceritakan secara terperinci lakonannya dalam sebuah adegan ‘panas’ bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal. Babak itu bagaimanapun dibuang atas permintaan keluarga Raja Farah.

Fauzi dalam kenyataannya mendakwa, selepas habis rakaman dia tersedar ada perkara yang patut ditapis serta meminta penerbit dan produksi supaya tidak ditayangkan. 

Ia kemudian menjadi tular apabila rakaman program berkenaan disiarkan di kaca TV sebelum dimuat naik di Twitter. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tajul Berhati-Hati Terima Hadiah daripada Peminat

Google Rasmikan Siri Pixel 6, Rekaan Baharu, Cip Tensor & Kamera Besar