in , ,

KFC Sambut Tahun Baru Dengan KFC Golden Egg Burger 

Raikan Saat Emas bersama KFC

KFC mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia dan semoga kehidupan anda dipenuhi dengan saat-saat emas. Untuk meraikan permulaan baharu ini, kami membawakan kembali menu emas kegemaran peminat KFC – KFC Golden Egg Burger untuk kita raikan saat-saat emas bersama. 

Istimewa untuk waktu terhad, KFC Golden Egg Burger mengetengahkan resipi makanan popular dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu telur asin; tetapi diolah dengan lebih sempurna dan sedap hingga menjilat jari. Nikmati filet Zinger Hot & Spicy disaluti dengan gabungan aneka bahan lazat beraromatik seperti telur asin, daun kari, dan parsli yang kemudiannya dilengkapi dengan mayonis telur asin berkrim, kepingan keju, dan cincangan salad segar lalu diapit dengan ban bijan bakar. 

Photo 4a (with background) - KFC Golden Egg Burger Buddy Meal

“Rakyat Malaysia telah mengharungi tahun 2021 yang cukup mencabar. Dengan ketibaan tahun baharu, kita juga mempunyai peluang baharu untuk mencipta saat-saat emas bersama mereka yang tersayang. Berpadanan dengan keraian ini, kami bawakan kembali KFC Golden Egg Burger yang sungguh menyelerakan. Burger ini turut boleh didapati melalui set Buddy Meal yang sesuai untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga. Saat emas bersama KFC tidak berakhir di sini… nantikan pengumuman baharu dari kami,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia. 

Raikan saat emas bersama KFC Golden Egg Burger yang boleh didapati bermula hari ini di restoran KFC seluruh negara. Bermula RM11.49, anda boleh menikmati burger emas yang sedap hingga menjilat jari ini melalui beberapa pilihan: (1) A la Carte, (2) Kombo, (3) Box Meal, dan (4) Buddy Meal yang mengandungi 2 KFC Golden Egg Burger, 2-ketul ayam, dan Cheezy Wedges. 

Tidak perlu beratur panjang dan dapatkannya dengan lebih selamat, pantas, dan mudah dengan memilih KFC Delivery, Self Collect, dan Pandu Ambil. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program NINOS HEBAT Inspirasi Kejayaan Kanak-Kanak Malaysia di TV1

Peraduan Menonton Filem NIGHTMARE ALLEY