in

Kesibukan Siti Nurhaliza di Penghujung 2008

Penghujung 2008 rezeki Siti Nurhaliza bagai mencurah-curah apabila terlibat dalam pelbagai aktiviti hiburan termasuk lakonan dan nyanyian.

TAHUN 2008 bakal meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi sebelum melangkah ke tahun baru, 2009. Pastinya sepanjang 2008, banyak kenangan pahit manis kita tempuhi dan tidak kurang juga ramai yang berjaya mengecapi impian hingga menjadi kejayaan.

2437818559 1D425598Bb | 4

Bagi penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, detik-detik akhir tahun ini dilalui dengan jadual yang padat di mana ia turut menyaksikan dirinya kembali dalam merancakkan lagi persada hiburan tanah air.

Sibuk dengan rakaman album tradisionalnya, Siti Nurhaliza turut diundang untuk merakamkan dua buah lagu bagi filem berjudul Perempuan Berkalong Sorban, sebuah filem bertemakan keislaman terbitan sebuah produksi dari Indonesia.

Tidak cukup dengan itu, rezeki isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini juga bertambah apabila beliau dipilih menyanyikan lagu tema untuk drama bersiri popular di TV3 iaitu Spa Q yang telah memasuki musim kedua.

Lagu berjudul Pada Cintanya yang dicipta oleh Audi Mok manakala liriknya pula dihasilkan oleh Siti Nurhaliza sendiri bersama Rina Khan.

WATAK SENDIRI

Apa yang menariknya, buat julung-julung kalinya, Siti Nurhaliza turut berlakon dalam drama tersebut dengan membawakan watak dirinya sendiri.

Ini merupakan percubaan pertamanya untuk berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Sementelah, dirinya pula bakal terlibat dalam filem animasi arahan sutradara kreatif, Mamat Khalid berjudul Kelip-Kelip dengan menyumbangkan suaranya dalam naskhah tersebut.

“Bulan ini merupakan bulan yang cukup sibuk bagi Siti. Dari awal Disember, Siti tidak henti-henti terlibat dalam rakaman suara,’’ katanya ketika ditemui Hits pada majlis pelancaran drama Spa Q 2 di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Spa Q 2 yang bakal ditayangkan di TV3 bermula 15 Disember lalu membariskan pelakon hebat seperti Norish Karman, Zizie Ezette, Azizah Mahzan, Jasmin Hamid, Liza Abdullah, Farahdhiya, Ifa Raziah, Sharifah Sofea, Fouziah Gous, Fizow Omar, Faizal Yusuf, Kanchana Devi dan Fazren Rafi.

Siri 60 episod ini akan menampilkan kelainan daripada segi jalan cerita dengan pelbagai konflik yang terpaksa dihadapi Qistina (lakonan Norish Karman) sebagai wanita cantik dan berjaya.

Berbeza dengan Spa Q yang diarah Zulkiflee R. Shad, Spa Q 2 yang diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd. ini mendapat sentuhan daripada pengarah berpengalaman iaitu Feroz Khan dan Hanafiah Sharif serta dibantu Redza Fahmy.

KEMBALI

Menurut Siti Nurhaliza, kesibukan sepanjang bulan ini dilihatnya sebagai persediaan untuk kembali memeriahkan dunia hiburan pada tahun hadapan.

Jelasnya, sepanjang 2008 ini, dirinya mulai kurang terlibat dalam bidang seni berikutan sibuk menyelesaikan pelbagai perkara selepas mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada tahun lalu.

“Siti memang menyedari akan kurangnya penglibatan Siti terhadap bidang seni sejak kebelakangan ini dan ia tidak macam dahulu. Kini, Siti akan kembali kerana Siti ada sesuatu yang baru termasuklah album tradisional yang akan dipasarkan pada pertengahan bulan ini,’’ ujarnya.

Diajak berbicara tentang lakonan pula, Siti yang tampil anggun pada majlis pelancaran Spa Q 2 berkata, penglibatannya menerusi drama itu hanyalah sebagai pelakon undangan.

“Secara kebetulan, ia adalah sebuah produksi syarikat kakak ipar Siti iaitu Zaiton Mohamad Jiwa. Tidak banyak lakonan Siti dalam Spa Q 2. Hanya membabitkan satu babak sahaja iaitu ketika Siti merasmikan spa berkenaan.

“Adalah dialog sikit-sikit. Dalam Spa Q 2, Siti pegang watak Siti sendiri,’’ jelasnya yang mengimpikan untuk menganjurkan konsert amal pada suatu hari nanti. Ditanya sama ada akan serius terlibat dalam lakonan, beliau menjelaskan ia bergantung serta memerlukan masa yang sesuai.

Katanya, dia akan menimbangkan untuk terlibat dalam bidang lakonan jika jalan cerita dan watak yang diberikan kepadanya bersesuaian dengan imejnya.

“Bagaimanapun, buat masa ini, Siti lebih fokus kepada bidang nyanyian,’’ tambahnya.

Begitulah Siti Nurhaliza , hampir 13 tahun berkecimpung dalam dunia seni, dirinya masih utuh memfokuskan kepada nyanyian walaupun telah memperoleh banyak tawaran berlakon.

APA KATA REDZA?

Terlibat dalam produksi Spa Q 2, Redza yang ditanyakan mengenai lakonan Siti Nurhaliza berkata, penyanyi tersebut dilihat telah melakukan sesuatu yang terbaik. Menurutnya, penyanyi nombor satu negara itu pernah menyuarakan keinginannya untuk melihat pembikinan sesebuah drama di mana ia kini menjadi kenyataan.

“Siti pernah cakap, dia teringin untuk melihat sendiri bagaimana sesebuah drama itu dihasilkan termasuk penghasilan skrip. Menerusi Spa Q 2, dia (Siti) mahu mencuba bagaimana rasa berlakon. Walaupun kelibatnya di televisyen hanyalah sedikit tetapi Siti berjaya melakonkan wataknya dengan baik,’’ katanya.

DAPAT JAM TANGAN DKNY

Bercakap tentang hadiah, ibu 4 anak ini akui semua hadiah istimewa baginya tapi dia terharu apabila kumpulan futsal yang dianggotai bersama suaminya telah menghadiahkan seutas jam tangan berjenama DKNY.

“Sebenarnya hadiah paling bermakna tentulah kasih sayang yang tidak putus-putus dari suami dan keluarga Saida. Sebenarnya, banyak lagi hadiah yang Saida belum sempat buka. Tahun lalu, Siti ada menghadiah beg tangan Gucci dan suami pula berikan telefon bimbit Nokia.

“Tapi…tahun ini, Saida masih belum terima hadiah apa-apa dari Siti tapi cukuplah dengan majlis suprise seperti ini,” katanya.

Ditanya adakah dia merancang menambah cahaya mata, Saida terus tergelak. Malah, dengan berseloroh dia mengatakan sedang menunggu anak saudara iaitu anak Siti sendiri.

“Siti ada cakap dengan kami (adik beradik yang dah kahwin). Kalau boleh biarlah dia berikan mak dan abah cucu yang ke-11 memandangkan tarikh lahirnya pada 11 Januari,” gelak Saida akhiri perbualan.

SITI, SAIDA & SAERAH SENTIASA BERSATU

Mewarnai pendapat kakaknya itu, Siti yang bakal rancak dengan lagu berentak pop tradisi tidak lama lagi mempunyai pendapat sendiri mengenai kakak kesayangan itu. Siti berkata, Saida mempunyai peminat tersendiri. SNP ada perancangan mahu satukan Saida dan Saerah dalam satu album. Malah tidak mustahil bagi mereka bertiga untuk bersatu dalam satu irama.

“Siti harap Kak Ida usaha dengan lebih keras lagi. Dia kena selalu baiki cara nyanyiannya. Dulu pun Siti gilap nyanyian dengan rajin berlatih. Siti selalu berlatih dengan lagu Celine Dion dan Whitney Houston. Bagi Siti, tak kisahlah Kak Ida nak nyanyi genre apa. Yang penting, dia selesa. Mungkin dia rasa Pop Dance itu sesuai baginya. Namun, ada susah dan senangnya. Mungkin, lagu slow lebih mencabar bagi Kak Ida,” jelas Siti yang turut ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa (Datuk K).

Mengulas mengenai album terbaru, Siti enggan komen panjang tentang penyertaannya dalam kategori Etnik kreatif yang semakin kemarau.

“Buat masa sekarang ni, Siti tak berani lagi nak cakap apa-apa. Apa yang Siti mahu, album kali ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Harap lagu itu nanti akan diterima peminat. Muzik Muzik kita fikir kemudian,” ujar Siti.

Malam itu, penyampai radio popular turut hadir seperti Reza AF. Dia dan Saerah antara yang paling banyak berkaraoke. Siti turut menyanyikan beberapa buah lagu selain berduet secara trio bersama Saida dan Saerah.

Apapun, penulis pun terharu kerana dapat berduet bersama Siti melalui lagu Jangan Pisahkan. Hai, seram sejuk dibuatnya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Doa Dalam Lagu, Persoalan Cinta dan Dusta Berkalang ke AJL

Perubahan Dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia 2009