in

Kes Cerai Zahnita Wilson Tangguh

Sebutan kes perceraian membabitkan model jelita, Zahnita Wilson dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abd Gafour tertangguh ekoran suaminya gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor, hari ini. Peguam Zahnita, Datuk Amli Embong memohon kepada Hakim Syarie, Azmi Aziz agar diberi satu lagi tarikh sebutan kes tersebut.

Zahnita Wilson

“Sepatutnya defendan kena hadir pada hari ini untuk menjawab tuntutan pihak plaintif, Zahnita. Tetapi defendan masih gagal hadir. Kita minta satu lagi tarikh sebutan (3 Februari 2014) untuk membolehkan pihak defendan hadir ke mahkamah dan sekiranya gagal hadir, kami akan teruskan kes tanpa kehadiran pihak defendan.”

Mengulas lanjut soal permohonan Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, Amli Embong berkata, permohonan tersebut adalah untuk bercerai secara fasakh.

“Kami dah serahkan saman itu pada 13 Disember kepada pihak defendan. Walaupun mereka enggan terima tetapi sudah dianggap terima. Zahnita memang dikecualikan kehadiran di peringkat sebutan tetapi untuk sebutan Februari nanti jika diperlukan Zahnita akan hadir.”

Setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga, Zahnita Wilson memfailkan permohonan cerai kepada Abdul Zackery pada 18 November lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zahrafeena, 6, dan Zaharayna,1.

Budiey sempat berbual-bual dengan Zahnita semasa menghadiri Anugerah Skrin 2013 yang lalu. Menurut Zahnita, sekarang ini beliau mahu kembali aktif berlakon.

Zahnita Wilson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betulkah Ini Gambar Bakal Suami Linda Onn?

Tiket Percuma Lee Kwang Soo Fan Meeting In Malaysia