in , ,

Kertas Siasatan Neelofa & Suami Dihantar ke Pejabat Peguam Negara

POLIS telah menyerahkan kertas siasatan berkaitan selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail, berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ke Pejabat Peguam Negara pagi tadi untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kertas siasatan itu dihantar selepas pihak polis selesai melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kertas siasatan sudah dihantar dan kita tunggu keputusan Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Spekulasi berkaitan pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial, apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei dan keterangan mereka telah diambil selama empat jam di Ibu Pejabat Daerah Polis Nilai dua hari selepas itu. 

*Sumber: Bernama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama ADAM & HAWA Kembali Menerusi DEKATNYA CINTA Lakonan Aaron Aziz & Nadiya Nisaa

Polis Melaka Nafi Sudah Keluarkan Kompaun Terhadap Awie