in , ,

Kerja Kosong di Sensasi Selebriti: Assistant Budiey, Fotografer dan Pemandu

Budiey dah tak larat untuk bangunkan Sensasi Selebriti seorang diri. Capek! Ramai yang tak tahu, menjadi seorang blogger hiburan sepenuh masa memang agak susah dan sangat mencabar.

Setiap hari, Budiey terpaksa lakukan segala kerja mengendalikan dan mencari bahan menggunakan tulang empat kerat sendiri. Budieylah penulis, Budieylah jurugambar, Budieylah pegawai marketing, Budieylah PR, Budieylah tukang edit gambar, Budieylah editor, Budieylah tukang publish…. pendek kata, Budiey buat semuanya! Memang meletihkan!

Ramai anda di luar sana ingat kerja Budiey sangat senang dan begitu menyeronokkan kerana selalu bertembung bahu dengan selebriti. Walhal, blogger hiburan sepenuh masa bagi Budiey satu kerja berat dan begitu mencabar. Tambahan pula, ianya memerlukan tanggungjawab kepada anda semua bagi menyediakan bahan entri yang baru setiap hari.

Rasanya, sudah tiba masanya untuk Budiey mencari SEORANG pembantu yang mana dapat membantu Budiey menjadi pembantu penulis, jurugambar dan pada masa yang sama menjadi pemandu untuk Budiey.

Kriteria yang Budiey cari, korang perlulah:

  1. Pandai menggunakan kamera Nikon D40
  2. Suka dengan dunia hiburan. Gemar bertemu artis, suka menonton filem dan menghadiri sidang media.
  3. Ada kereta untuk ke hulu dan ke hilir
  4. Tinggal di Kuala Lumpur. Kalau dekat dengan rumah Budiey di Bandar Baru Sentul lagi bagus.
  5. Berperwatakan ceria dan happy go lucky
  6. Tak kisah samada lelaki, perempuan, Melayu Cina atau sebagainya.

Kepada yang berminat, sila hantar email beserta dengan resume ringkas diri anda dan sediakan satu perenggan… “Saya ingin bekerja dengan Sensasi Selebriti kerana…. (200 perkataan).

Segala permohonan bolehlah dihantar ke:

Email me:

Yahoo Messenger:

Duit dan upah kita akan bincangkan dalam email ya.

Terima kasih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

M. Subash Mengamuk Di Lokasi Pengambaran Filem Syirik

Azriefaiz Pelakon Drama Ku Milikmu Buat Promo