in , ,

Keratan Akhbar Mingguan Warta Perdana: Inilah Bakal Suami Ella? Kata Kau!

Bagi Budiey, hidup di dunia yang penuh cabaran ini, apa sahaja boleh berlaku. Tidak mustahil. Dan kita sebagai manusia harus bersiap sedia menghadapi apa sahaja dugaan yang datang.

Gara-gara penjelasan eksklusif : Budiey Bukan Bakal Suami Ella, saya banyak menerima maklum balas daripada pembaca dan kenalan terdekat. Ramai yang bersimpati dan memujuk supaya saya bersabar dan terima hakikat apa yang telah berlaku. Tidak kurang juga ramai yang ketawa dan mengejek-ejek saya. Apa boleh buat, hati manusia…

Dengan penyebaran gosip liar ini sekaligus menjadikan kehidupan Budiey lebih kecoh dari biasa. Setiap hari, ada sahaja kenalan yang datang menghubungi saya. Mereka sebenarnya tidak percaya perkara sedemikian boleh berlaku. Bagi Budiey, hidup di dunia yang penuh cabaran ini, apa sahaja boleh berlaku. Tidak mustahil. Dan kita sebagai manusia harus bersiap sedia menghadapi apa sahaja dugaan yang datang.

385227298 D26Be67597 | 4

Kalau nak kira, macam-macam jawapan boleh saya bagi kepada mereka yang bertanya. Kekadang bosan jugak. Asyik ditanya benda yang sama…

PENAFIAN ALA-ALA SAPER EK?

Isma Yusoof: Eh! Budiey betul ke you ada keluar paper?

Budiey: Ntahlah Isma, diorang ni tak selidik dulu. Kalau ye pun, temuramahlah dulu I kan. Ni tak, pakai hentam je… ingat elok sangat buat berita cam tuh.

Isma Yusoof: Lawak je kan dunia nih!

MENGIYAKAN ALA-ALA TIADA LAGI RAHSIA DATUK SITI & DATUK K

Akma: Wah wah, diam-diam you pandai main kayu tiga dengan I. Sampai hati you nih. Anyway, bila nak langsung? 

Gurauan Akma malam itu diselangi dengan ketawa seloroh.

Budiey: Tengoklah. Apa-apa.. you yang I jemput dulu, Akma. Jangan risau.

Akma: Macam real aje bunyi nya! Betullah ni… Ek elleh! Tak caya ah!

Budiey: Tak caya sudah…

JAWAPAN STANDARD ALA-ALA LINDA ONN & FAHRIN AHMAD

Amin Budak Baik: Aku ada baca Mingguan Warta Perdana hari tu, terkejut badak aku tengok muka ko keluar paper! Eh! Ko tak melenting ke? Ella lak tak kata apa-apa?

Budiey: Alah, kitorang kawan je… aku kan peminat setia dia dari album pertama dia ngan The Boys lagi. Aku ngan dia takde apa-apa pun. Masalahnya orang luar yang bising-bising, buat cerita yang tidak betul. Masalahnya Ella tu, kalau ko nak tahu… dah tentu kata ‘no komen’ pasal dia nak jadikan berita kahwin mahwin ni sebagai gimik je. Of course lah, nak promote album, kena pandai-pandai lah buat kontroversi, beb!

Amin Budak Baik: Laa… gitu ke kaedahnya?

PENJELASAN ALA-ALA KAK ROSNAH MAT ARIS

Eton: Kau tak rasa nak marah ke kat akhbar tu? Kalau aku… siap ah!

Budiey: Mulanya, aku rasa panas jugak. Tapi lama-lama aku dah lali… sekarang aku tak nak ambil pusing pasal benda nih. Cukuplah dengan penjelasan, aku hanya peminat Ella. Tidak lebih dari itu, okay!

Eton: Hahaha! Malangnya nasib ko! Jadi penulis blog pun kena gosip ngan artis.

 SAMAN ALA-ALA ROSYAM NOR?

Perlu ke perbesarkan cerita?

Budiey: Nah, baca nih! (Budiey menghulurkan keretan akhbar Mingguan Warta Perdana kepada X. L di sebelah menunjukkan reaksi terujanya sambil tersengih menatap akhbar. Tidak sampai seminit, ketawa mereka berderai pecah. Kuat.)

X: Better you do something lah Budiey. Benda macam ni kena ajar sikit.

Budiey: Perlu ke I nak saman?

X: I no komen, tapi seingat I, paper ni la yang buat kes ngan Rosyam Nor sampai nak kena heret masuk mahkamah.

L: A’ah, better Budiey. Saman jangan ko tak saman!

Budiey: Ah! Malas la aku nak layan benda-benda cam nih! Aku ni jenis tak suka berbalah-balah ngan orang. Aku nak hidup aku aman. Tak nak kecoh-kecoh…

385227249 12B7A4888A | 5

   Budiey rasa hairan dengan tajuk yang ditulis, “Inilah Bakal Suami Ella”. Seolah berita tersebut sudah disahkan. Alangkah elok kalau pengarang itu membaiki sedikit ayatnya menjadi… “Inikah Bakal Suami Ella?”. Masih lagi boleh diterima, kan? Seolah-olah berita tersebut menjadi sesuatu yang ada kebenarannya. Berita itu soheh, walhal tidak pun. Berita tanpa dalil yang soheh menjadikan berita itu palsu dan sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah. Ops!

   Silap orang la, beb!

   Itu yang saya hairan… mengapa tajuk perlu disensasikan? Mentang-mentanglah saya ni pengendali blog SENSASI SELEBRITI, diorang nak saya jugak disensasikan. Giler ke hapa kan? Atau mungkin berita murahan camni sengaja direka semata-mata untuk melariskan akhbar? Mungkin juga mereka ingin menjadi akhbar pertama yang menyiarkan berita?

   Dalam pada itu, berita yang tertera di laman belakang akhbar tabloid itu membuat saya ketawa tergolek-golek atas lantai. Kelakar giler siot!

Inikah jejaka tampan yang bakal menjadi suami diva rock Ella seperti yang diumumkan oleh penghibur ini, mahu menamatkan zaman daranya pada 31 Julai 2007. Tarikh tersebut menjadi pilihan Ella kerana ingin meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 41.

Kemunculan jejaka ini menemani Ella dalam beberapa majlis keramaian menjadi perhatian peminat. Namun, Ella enggan memberi komen siapakah lelaki yang sering menemaninya itu. Ada kalangan peminat mengaitkan hasrat Ella itu sebagai satu gimik. Di kala penghibur ini sedang mempromosikan album solo terbarunya, Rama-Rama di pasaran.

Namun ada juga peminatnya yang mengambil kesempatan mengucapka tahniah. Jejaka pilihan Ella ini, selain memiliki iras wajah pelakon Adlin Aman Ramli, juga seorang penyair. Malah ada sajak-sajaknya pernah disiarkan di media cetak.

385227346 77B100850E | 6

Hari ini, saya akhirnya menerima SMS dari seorang yang menggelarkan dirinya Fayz dari syokkahwin.com. Sebenarnya saya tidak tahu menahu pun cerita ini juga tersiar di blog tersebut. SMS itu berbunyi:

Hi Budiey, I read your blog about your comments about my writing between yourself & Ella. I can take down or amend the post if you want. It’s unintentional. Please accept my humble apology.

Yea, pada saya… itu masalah kecil yang tidak perlu diperbesarkan lagi. Anggaplah apa yang berlaku itu hanya satu salah faham sahaja.

Petang tadi, terima mesej dari Tobymiaw, “Hehe, Baru baca Kosmo. Ada gak wartawan sebut nama you pasal Ella tu.”

Saya pun terkejut. Hah! Apa lagi nih? Untuk mengetahui kesahihan, saya call Tobymiaw. Menurut Toby, sebenarnya, pengarang Kosmo yang menggunakan nama pena Diva menulis pasal cerita Fadzley. Dan dibawah cerita itu ada nota ringkas. Katanya, seorang blogger bernama Budiey tiba-tiba popular kerana dikaitkan dengan Ella.

Popular ke? Tidak ada ertinya!

Dahlah tu, saya kalau boleh tidak mahu cerita pasal benda ni lagi lepas ni. Noktah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Intan Ladyana | 29

Sinopsis Filem JANGAN PANDANG BELAKANG

Awal Ashaari 2020 | 30

Sekitar Belakang Tabir Pembikinan Filem MALAIKAT MAUT – Part 1