in

Keputusan Penuh Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 17

Anugerah Industri Muzik ke-17 masih punya aura dan tarikan tersendiri walaupun penjualan album di Malaysia masih lagi ditahap yang boleh dikatakan sangat teruk. Sesetengah artis mengatakan AIM17 tidak seperti dulu. Kini, anugerah ini dipandang sepi dan tidaklah semeriah dulu.

Mungkin kerana itu, Budiey ada bertanyakan tentang AIM kepada seorang penyanyi popular yang Budiey temui dan beliau mengatakan, AIM baginya bukanlah anugerah yang berprestij sangat pun. Mungkin itu pendapat dia. Tapi mungkin bagi sesetengah artis, kalau dah tercalon dalam AIM pun dah dikira satu promosi. Apatah lagi kalau dah menang.

Namun, apa-apa pun tanggapan orang, AIM kali ini menerima 925 pencalonan. Antara yang paling banyak dalam sejarah AIM!

Sekurang-kurangnya, penat lelah dan jerh perit artis dan orang seni kita diangkat martabat dan semua kerja mereka yang mana terbaik itu diiktiraf. Itu sebenarnya tujuan AIM diadakan. Bukan untuk mencari siapa yang lebih popular tapi AIM ingin menyelongkar siapa yang terbaik daripada yang terbaik mengikut ukuran dan firasat juri yang lebih profesional.

Pada malam tadi, AIM17 sekali lagi menyilau dengan kerlipan bintang dengan mengiktiraf kualiti kerja karyawan yang bekerja dalam seni muzik. Pemenang yang layak dinilai oleh juri profesional, jadi sudah tentu sukar untuk meramal pemenang. Itulah keunikan AIM. Penuh dengan kejutan.

Dihoskan oleh Afdlin Shauki & Adibah Nor, sama saiz, sama kelakar! Bikin pentas jadi hangat dengan hilai tawa. Jenaka yang bijak! Bagi Budiey, gandingan hos kali ini sangat mantap. Bukan apa, asalkan segala yang diatur itu berjalan lancar, itu dah kira satu kejayaan. Selain itu, hos dapat menentukan majlis itu ada seri atau tidak. Kalau penonton terhibur, itu dah dikira satu kejayaan.

Bagi Budiey part paling best masa hos merasmi pentas dengan duet lagu rock Meet Uncle Hussain & Hujan yang telah dirombak semula liriknya bersesuaian dengan AIM. Sangat kelakar! Gelak habis!

Namun, mungkin boleh diletakkan seorang dua pelawak di pentas semasa siaran iklan disiarkan. Banyak ruang kosong perlu diisi agar hadirin yang memenuhi dewan tidaklah terasa bosan. Budiey masih ingat dulu, Allahyarham Din Beramboi pernah menghiburkan hadirin dengan lawak spontannya.

Part pembukaan hos dengan dua buah lagu rock yang diubah semula liriknya. Lawak!

Adibah Nor dengan gaun dari Calvin Thoo dan barang kemas Faiq Jewellery

Di Dewan Merdeka tadi, Budiey duduk bersebelahan dengan Frizdan (tengah) – wakil In Team. Bawa pulang 2 trofi. Tahniah!

Menang dan menang lagi. Adrenalin best!

Berlangsung jam 8.30 malam, disiarkan secara langsung di saluran ceria, ntv7 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, AIM kali ini masih mengekalkan 24 kategori seperti tahun lalu.

Persembahan di AIM kali ini juga tak kurang mantapnya. Pembuka tirai dengan showmanship duo – Siti Nurhaliza & Kris Dayanti sudah cukup untuk buat pentas AIM kali ini jadi hangat. Momentumnya terus memuncak. Lagu Jika Kau Tak Datang kedengaran sangat best apabila diiringi dengan orkestra. Apatah lagi, apabila Budiey melihat dua ikon ternama ini menari dengan gerakan lincah. Sudah tentu Sitizoners yang kuat memekik, berteriak dan bertepuk tangan terhibur punya. Budiey lihat diorang ni bukan main lagi kuat menyokong penyanyi pujaan mereka. Syabas semua!

Persembahan Selamat Malam – Faizal Tahir memang mantap habis!

Show dua orang anak muda yang sedang mencipta nama, Aizat & Yuna untuk lagu Dan Sebenarnya & Susun Silangkata memang sedap bila bersatu dengan pasukan orkestra. Tambahan pula kedua-dua mereka dapat bermain dengan gitar. Yuna & Aizat ada persamaan. Walaupun platform mereka berbeza – Yuna famous di MySpace sedangkan Aizat pula famous apabila masuk AF. Tapi kedua-dua mereka, famous apabila dapat mencipta lagu sendiri. Budiey jangkakan, Yuna dan Aizat akan menjadi pelapis yang berkarisma suatu hari nanti sekiranya terus berjuang dalam industri muzik dengan mencipta lagu-lagu atau karya-karya yang terbaik. Pemilihan Yuna sebagai Artis Baru Terbaik adalah satu pemilihan yang tepat!

Persembahan Vince untuk lagu Biarkan. Disuntik dengan drama yang magikal. Tapi kan, Budiey rasa masa part akhir di mana penari tu ‘hilang’ dan muncul semula di atas kerusi tu, Budiey ada nampak penari tu sebenarnya ‘terjun’ ke bawah pentas. Mungkin penonton kat rumah tak dapat tengok, tapi kalau penonton dalam dewan sudah tentu nampak. Spoil!

Terdapat ramai muka-muka baru yang mewarna pencalonan akhir. Kehadiran mereka sudah tentu memberikan saingan sengit untuk artis lama yang berkongsi gelanggang yang sama.

Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Industri Muzik ke -17. Sehingga kita jumpa lagi di edisi ke 18 pula.

1. Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Situasi (Bunkface) – Sam / Sam

2. Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Dan Sebenarnya (Yuna) – Yuna / Yuna

3. Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique feat Salam) – Malique, DJ Fuzz & Salam / Malique

4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Deeper Conversation (Yuna) – Yuna / Yuna

5. Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Enjut (Noraniza Idris) – Cat Farish & Adeeb / Ahmad Fedtri Yahya

6. Lagu Nasyid Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Dia Muhammad (Inteam) – Frizdan / Frizdan

7. Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Na Han (JK Chen Jia Kai) – JK Chen Jia Kai / Percy Phang

8. Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan) – Jay, Jey Raggaveindra, Dhilip Varman / A. Sivalinggam, T. Poovaneswaran, Jey Raggaveindra

9. Rakaman Album Terbaik – Jururakam Greg Henderson – Into … Akasha (Akasha)

10. Video Muzik Terbaik – Pengarah Nam Il Cho – Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

11. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Pengarah Jenny Chin – Cinta Ada (Karen Kong, Jaclyn Victor, Dato’ Sheila Majid)

12. Artis Baru Terbaik – Yuna

13. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Hazami – Survivor

14. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Dato’ Siti Nurhaliza Ku Percaya Ada Cinta

15. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti Amarah

16. Album India Tempatan Terbaik – Life is Mystery – Shruhi

17. Album Nasyid Terbaik – Produser / Artis- Allahu Rabbi Frizdan, Amin Inteam, Amin Inteam, Nordin, Suhaimi, Shamir, Supaat, Salleh Brotherz

18. Album Rock Terbaik – Produser / Artis – Adrenalin – Audy Mok / Faizal Tahir

19. Album Pop Terbaik – Dayang Live – Dayang Nurfaizah

20. Album Hip-Hop Terbaik – Produser / Artis – K.O. The Mixtape Dj Fuzz & Malique – Dj Fuzz & Malique

21. Album Inggeris Tempatan Terbaik – To Preven The Earth From Moving With You – Lo / Disagree

22. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara – Aku Wanita Biasa – Kris Dayanti

23. Kulit Album Terbaik – Pereka Sarah Joan Mokhtar – To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

24. Album Cina Tempatan Terbaik – I’m Karen – Karen Kong

Anugerah Kembara – Bunkface

Anugerah Wirama – Adnan Abu Hassan

Sekali lagi, tahniah kepada semua pemenang!

Okay ini ada info tambahan sedikit, bukan pasal AIM17 tetapi tentang satu peraduan yang dianjurkan oleh Toyota ini. Budiey pun baru dapat tahu pasal ni semasa melayari internet.

Okay, rasanya semua dah baca tentang Toyota Vios Minor Change yang Budiey siarkan baru-baru ini. Dan untuk memeriahkan lagi promosi, Toyota telah mengadakan satu peraduan, Toyota Roashow Retweets Contest. Kali ini menerusi Twitter.

Nak tahu hadiahnya? Okay, Budiey boleh katakan hadiahnya sangat lumayan juga iaitu barangan TRD merchandise.

1. TRD Essentials 1 TRD Neckcase & 1 TRD Towel & 1 TRD Mug x 20 prizes
2. TRD Styling 1 TRD Jacket (Size: M) & 1 TRD Cap x 20 prizes

Korang semua dah ada akaun twitter, kan? Jadi, apa kata sertai peraduan ini.

Senang aje. Hanya retweet saje. Cara-caranya:

1. Follow @toyotamy on Twitter (http://twitter.com/ToyotaMy).

2. Retweet (RT) the Contest Tweet from http://twitter.com/ToyotaMy.
a. This is the Contest Tweet: “Catch #ToyotaRoadshow at a mall near you! 50th person to RT wins exclusive TRD merchandise! For details: http://bit.ly/crdJTd

3. If you’re a 50th Retweeter, we will send you a winner announcement DM (Direct Message)! Reply by email to [email protected] , with your full name, Twitter username & IC number, mobile phone number and mailing address, and we will send your prize to you.
a. Prizes will be given out (in random order) until all prizes have been given out or the Contest period ends, whichever is sooner – so hurry!
b. The Contest period runs from 3–23 May 2010 or when we have 40 winners, whichever comes first.

Okay, good luck dan selamat mencuba!

Kemenangan bergaya! Kemenangan CTKD disambut jeritan dan tepukan dari Sitizoners

Yuna menang BESAR! Sememangnya sudah dijangka. Tahniah!

Karen Kong

Julang Anugerah Wirama

Persembahan yang diimport dari luar… Zee Avi.. mmm… biasa-biasa. Tapi smooth.

Yeay, menang lagi!

Untuk peminat Faizal Tahir, (you know who you’re) Hehe… nak sangat tengok gambar FT pegang trofi macam ni, kan?

Persembahan penutup ala Glee. Semua artis pelapis. Satu Harapan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza & Kris Dayanti di Red Carpet AIM 17

My Life My HP Compaq Presario CQ42 Notebook PC