in ,

Drama Romantis KENYALANG I’M IN LOVE di tonton

“Kenyalang I’m In Love”
Sebuah Drama Romantis Baharu di tonton
Siaran 4 bulan lebih awal dalam definisi tinggi (HD)
Tayangan di tonton 20 April 2018, Jumaat, 12.00 tengahari
Durasi 13 episod x 60 minit
Tayangan serentak kesemua episod (tonton First)

Apabila kita melalui kesusahan, pelbagai jalan diambil untuk mencari penyelesaian. Bercuti mungkin adalah salah satu jalan terbaik bagi mendapatkan inspirasi dan mencari idea baru bagi sesuatu permasaalahan.

Drama Romantis Kenyalang I’m In Love Di Tonton

Drama baharu, Kenyalang I’m In Love akan disiarkan secara eksklusif di tonton mulai 20 April ini dalam format definisi tinggi (HD), menampilkan percintaan disulami dengan keindahan budaya dari bumi Kenyalang iaitu Sarawak. Saksikan debaran drama menerusi tontonan keseluruhan 13 episod drama ini 4 bulan lebih awal dari tayangan TV, menerusi slot saluran di tonton ‘First’.

Memetik kata-kata Robert H Schuller,
“Masalah bukan punca untuk berhenti, tetapi adalah pandu arah kehidupan”

Kenyalang I’m In Love mengisahkan AJ dan Wanda yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila AJ berpindah ke kota raya. AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra, yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ.

AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.

Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Wesli oleh keluarganya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Apakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?

Saksikan keseluruhan 13 episod Kenyalang I’m In Love di tonton ‘First’ secara eksklusif bermula 20 April ini. Drama bersiri yang sarat dengan emosi turut diwarnai dengan keindahan unik etnik Sarawak yang dipaparkan di dalam cerita ini.

Menampilkan barisan bintang yang meningkat naik antaranya Hafeez Mikhail sebagai AJ dan Ain Edruce sebagai Wanda selain dibarisi Intan Najuwa, serta Anding Indrawani. Drama ini mampu membuatkan anda terpesona dengan keunikan kaum di Sarawak menerusi tayangan 4 bulan lebih awal dari TV.

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

‘’Selain dari kandungan urban, tonton menyambut baik diversiti etnik kaum yang unik dan pelbagai di Malaysia. Drama Kenyalang I’m In Love adalah salah satu contoh terbaik bagi kami untuk menonjolkan sokongan bersama dengan 7.8 juta pelanggan keseluruhannya.’’

‘’ Dengan teknologi yang efektif pada abad ini, pengguna boleh menonton kesemua 13 episod Kenyalang, I’m In Love 4 bulan lebih awal dari tayangan di TV dalam format definisi tinggi (HD), eksklusif hanya di tonton.’’

Butiran program adalah seperti berikut;
Tajuk Kenyalang I’m In Love
Tarikh Tayangan / Masa 20 April 2018 / Jumaat, 12.00 tengahari
Deskripsi Siaran eksklusif kesemua episod 4 bulan lebih awal dari tayangan TV3
Durasi 60 minit
Episod 13
Produksi / Diterbitkan oleh Frontrow Pictures
Pengarah Feroz Kader
Penulis Skrip Sall Wana
Pelakon Hafeez Mikail sebagai Jeffri/AJ
Ain Edruce sebagai Wanda
Intan Najuwa sebagai Sutera
Anding Indrawani sebagai Daniel

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati program TV dan rancangan kegemaran secara PERCUMA. Alami variasi pengalaman tontonan meluas melalui akses ke arkib hiburan terbesar Malaysia terdiri daripada berita, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik emas tonton, selain dapat menikmati siaran episod keseluruhan secara terus-menerus (‘binge-watch’)

Teruskan melanggan pakej tonton VIP yang menawarkan program-program secara live, saluran premium, siri eksklusif tonton original, dan arkib video lebih 36,000 jam pengalaman video tanpa iklan.

Pelan langganan VIP bermula dari serendah RM3 setiap hari, RM5 mingguan, RM10 bulanan dan RM96 setiap tahun.

tonton turut memperkenalkan xtra – portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’. Xtra adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilkan siaran LIVE TV secara PERCUMA. Ketahui segala yang kontroversi di sebalik tabir, terkini dan sensasi dari seluruh negara di xtra, portal teras Rangkaian TV Media Prima. Layari www.xtra.com.my untuk maklumat lanjut!

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Ikuti kami melalui platform media sosial kami:
Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
Hashtag kami di #tontonMY #tontonMacamVIP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

1,000 Trips To Lost World Of Tambun

Robert Downey Jr | 15

Experience the Marvel Studios Avengers: Infinity War at GSC