in ,

Kenapa Che Ta pilih Haval?

Rasanya pelakon cantik, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta ni tidak pernah lekang dengan gosip dan kontroversi. Ada saja netizen mempersoalkan gaya hidup ataupun imej pelakon terkenal ini. Sampai bercuti bersama keluarga pun dikecam ramai kononnya Che Ta dikatanya menunjuk dan bermegah.

Hinggalah yang terbaru kecoh pula kononnya Che Ta sibuk melaram kereta barunya. Bukan main Che Ta bergambar sakan dengan kereta idamannya itu. Budiey sendiri tertarik nak tengok sebab melihat pada gambar memang nampak mewah dan menarik.

Rozita Che Wan

Tapi rupa-rupanya bila Budiey skodeng instagram kereta idaman terbaru Che Ta itu iaitu kereta Haval H2 di @havalmy memang mengejutkan. Patut lah menayang sakan, mana tak nya, tengok pada semua gambar Che Ta nampak macam kereta mewah dan mesti mahal, tapi sebenarnya kereta Haval Malaysia yang dimiliki Che Ta ni tak sampai RM100 ribu pun. Serius mampu milik dan nampak bergaya.

Kiranya harga tak rabak poket Budiey la kalau untuk turut nampak bergaya seperti Che Ta. Bila tengok kesemua kelebihan dan keistimewaan kereta Haval ini, memang tak peliklah kenapa artis popular macam Che Ta pun sibuk nak membelinya kerana rekabentuk dan kualiti Haval sangat baik malah jauh lebih baik dari kebanyakan kereta import lain.

Budiey dapat tau, ade juga model lain Haval M4 yang menawarkan servis percuma selama 5 tahun dan ansuran percuma pada 3 bulan pertama dengan waranti selama 7 tahun. Sesiapa yang membeli Haval dapat pula pelbagai hadiah misteri. Menarikkan? memang gila kentang!

Kalau anda risau akan pinjaman susah diluluskan, pihak Haval sendiri memberi jaminan akan membantu hingga berjaya selain mereka menerima ‘trade in’ kereta anda dengan nilai yang tinggi. Untungkan????

Patutlah Che Ta pun sibuk membeli kereta Haval ni. Jadi tunggu apa lagi kalau anda ingin nampak bergaya seperti Che Ta? Budiey dah tempah dengan pergi sendiri ke pusat pameran dan jualan Haval atau terus ke hubungi mereka menerusi instagram rasmi @havalmy Anda bila lagi?

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem PASSENGERS dari Kaca Mata Penonton

Pecah Rekod & Viral Trending! Ini Rating Drama 7 HARI MENCINTAIKU