in ,

Kemudahan Untuk Semua Dalam Perjalanan Penting

Menjadikan perjalanan mudah, selamat dan selesa untuk semua

Ikuti perkongsian Ketua Pegawai Operasi AirAsia, Javed Malik mengenai apa yang dilakukan oleh AirAsia untuk memastikan keselesaan para tetamu yang melakukan perjalanan penting dalam tempoh ini, dan tetamu dengan keperluan khas seperti menggunakan kerusi roda atau kumpulan berisiko tinggi seperti wanita hamil atau warga emas apabila mereka terbang dalam norma baharu ini.

Soalan 1:
Apakah langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan oleh AirAsia dalam tempoh perjalanan penting ini?

Kami telah melaksanakan pelbagai langkah keselamatan sepanjang fasa penerbangan yang berbeza:

Sebelum penerbangan:

Keterangan gambar: Seorang tetamu menggunakan Kiosk Tanpa Sentuhan AirAsia.
Keterangan gambar: Seorang tetamu menggunakan Kiosk Tanpa Sentuhan AirAsia.
  • Pemeriksaan suhu akan dilakukan di beberapa lokasi, termasuk di balai berlepas.
  • Penjarakan sosial akan diamalkan dengan lantai ditanda di kawasan beratur, termasuk di kaunter daftar masuk dan kiosk.
  • Cecair basmi kuman akan disediakan di setiap lokasi pemeriksaan untuk tetamu dan kakitangan.
  • Teknologi tanpa sentuhan – Daftar masuk web dan aplikasi mudah alih untuk mengurangkan kontak pada permukaan dan fizikal.
  • Kru kabin kami juga dikemas kini dengan maklumat dan panduan keselamatan terkini sebelum setiap penerbangan.

Dalam penerbangan:

  • Untuk memastikan penjarakan sosial semasa anda menaiki dan turun dari pesawat, hanya SATU beg kecil atau beg komputer riba tidak melebihi saiz 30cm (h) x 40cm (l) x 10cm (w) dibenarkan untuk setiap tetamu.
  • Semua tetamu dikehendaki membawa topeng muka sendiri dan memakainya sebelum, semasa dan selepas penerbangan, termasuklah semasa pengambilan bagasi.
  • Semua kru kabin mengamalkan standard kebersihan yang betul dan menggunakan alat pelindung termasuk topeng muka dan sarung tangan.
  • Semua hidangan disediakan mengikut standard keselamatan makanan. Kru kabin yang mengendalikan hidangan juga akan memakai sarung tangan.
  • Kru kabin telah dilatih untuk mengendalikan apa jua situasi perubatan ketika dalam penerbangan termasuk mengenal pasti dan mengasingkan sesiapa yang menunjukkan gejala kurang sihat.

Soalan 2:
Apakah pesanan anda untuk tetamu AirAsia yang melakukan perjalanan dalam tempoh ini?

Keterangan gambar: Seorang tetamu melalui pemeriksaan suhu badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Keterangan gambar: Seorang tetamu melalui pemeriksaan suhu badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
  • Kami menasihatkan para tetamu untuk memeriksa kelayakan perjalanan mereka sebagai langkah pertama. Setiap negara mengenakan peraturan yang berbeza, jadi sila semak dengan kerajaan tempatan mengenai sekatan perjalanan.
  • Sila tiba lebih awal di lapangan terbang, sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu perlepasan supaya anda mempunyai waktu yang secukupnya untuk melalui semua proses.
  • Perjalanan udara adalah salah satu cara perjalanan yang paling selamat, terutama sekali kerana pesawat dan kabin kami melalui proses pembersihan dan pembasmian kuman yang menyeluruh setiap hari.
  • Pastikan anda mematuhi langkah keselamatan global yang disyorkan seperti memakai topeng pada setiap masa, mencuci tangan dan menjaga jarak sosial anda.

Soalan 3:
Saya akan melakukan perjalanan bersama-sama bayi dan perlu membawa kereta sorong bayi. Apakah etika perjalanan baharu yang perlu saya ikuti?

Kami berhasrat untuk memudahkan perjalanan semua tetamu kami, selain memastikan anda selamat tiba di destinasi anda.

Keterangan gambar: Kakitangan Perkhidmatan Tetamu GTR memakai Peralatan Perlindungan Diri semasa bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).
Keterangan gambar: Kakitangan Perkhidmatan Tetamu GTR memakai Peralatan Perlindungan Diri semasa bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).

Kami terus berusaha untuk memastikan bahawa persekitaran dalam pesawat dan kabin dibersihkan dan dibasmi kuman setiap masa. Kami juga meminta kerjasama para tetamu untuk memastikan mereka juga patuh dengan garis panduan yang ditetapkan supaya semua orang dapat terbang dengan selamat.

Jika anda melakukan perjalanan dengan kereta sorong bayi, anda boleh menggunakannya sehingga ke pintu masuk pesawat seperti biasa dan kami akan membantu anda untuk menyimpannya di ruang simpanan pesawat sebelum anda menaiki pesawat. Jangan risau kerana semua kakitangan kami akan memakai topeng dan sarung tangan.

Kami juga mengesyorkan agar para tetamu dengan kereta sorong bayi mengambil langkah berjaga-jaga tambahan seperti membersihkannya sebelum membawanya ke lapangan terbang untuk perjalanan anda.

Bersama-sama, kita berusaha menjadikan perjalanan udara dalam persekitaran normal baharu ini sebagai pengalaman yang selamat dan mudah.

Soalan 4:
Saya memerlukan bantuan khas dengan kerusi roda semasa perjalanan penting saya. Adakah prosesnya sama seperti sebelum ini dan bagaimana kakitangan AirAsia memastikan kerusi roda tersebut selamat digunakan?

Keterangan gambar: Seorang Kakitangan Perkhidmatan Tetamu membantu membawa tetamu berkerusi roda.
Keterangan gambar: Seorang Kakitangan Perkhidmatan Tetamu membantu membawa tetamu berkerusi roda.

Semua kerusi roda akan dibersihkan sebelum dan selepas ia digunakan oleh para tetamu kami. Ia juga dibersihkan dengan kain bebas linen dan menggunakan produk pembersih dan pembasmi kuman yang diluluskan oleh Lembaga Kesihatan Awam.

Kakitangan kami yang akan membantu membawa anda ke pintu perlepasan juga akan memakai topeng muka dan sarung tangan. Jika anda membuat perjalanan bersama ahli keluarga, pastikan penjarakan sosial dipatuhi sepanjang proses ini.

Para tetamu yang menggunakan kerusi roda juga akan dijaga jarak sosial mereka kerana mereka akan menjadi tetamu yang pertama menaiki dan yang terakhir turun dari pesawat.

Kami juga mengesyorkan para tetamu yang merancang untuk menggunakan kerusi roda sendiri untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan seperti membersihkannya sebelum membawanya ke lapangan terbang.

Untuk memastikan kerusi roda tersedia pada tarikh pilihan anda, anda boleh membuat pra-tempahan Bantuan Khas (Perkhidmatan Kerusi Roda) semasa membuat tempahan atau melalui pautan Tempahan Saya di airasia.com sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Soalan 5:
Bagaimana pula dengan tetamu hamil atau warga emas (berumur 60 tahun ke atas), yang mempunyai risiko lebih tinggi ketika dalam perjalanan. Apa yang saya / mereka perlu ketahui sebelum membuat perjalanan?

Tetamu yang hamil atau warga emas (berumur 60 tahun ke atas) boleh membuat perjalanan dengan yakin kerana kami telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan perjalanan anda selamat bersama kami. Anda boleh membaca mengenai semua langkah-langkah baharu di sini.

Jika anda membuat perjalanan bersama-sama tetamu hamil atau warga emas, atau jika anda berada dalam kategori ini – anda boleh menghubungi salah seorang kakitangan kami di balai berlepas supaya mereka dapat membantu anda ke kaunter daftar masuk khas.

Apa yang paling penting, jangan lupa mengambil langkah-langkah pencegahan dan perlindungan yang disyorkan secara universal, termasuk memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri yang tinggi.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fattah Amin & Fazura Kembalikan Nostalgia Rakam Semula SELOKA HARI RAYA

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2020