in

Kempen Prosperity Gives Back McDonald

Dua Kali Ganda Nikmat Prosperity Demi Kebajikan

• Dua kepingan daging burger dalam inovasi unggul McDonald’s Malaysia
• Sumbangan kepada masyarakat tempatan dengan setiap pembelian set hidangan Prosperity Burger™ sempena kempen “Prosperity Gives Back”

Kebanyakan warga Malaysia telah menyambut kembalinya rasa hebat berlada McDonald’s Prosperity Burger™ dengan penuh kegembiraan buat kali ke-19, sambil menyokong aktiviti badan-badan amal tempatan.

Kini tibanya masa yang dinanti-nantikan oleh para peminat, iaitu tawaran Double Prosperity Burger yang dua kali lebih enak dengan dua kepingan daging lembu atau ayam yang empuk lagi menyelerakan dalam sos lada hitam yang pedas.

Double Prosperity Burger photo

Prosperity Burger yang merupakan ciptaan asli Malaysia oleh McDonald’s, organisasi restoran khidmat segera yang terbesar di dunia, telah mendapat sambutan yang begitu hangat dengan ulangan promosi setiap tahun untuk menambat selera pengguna, sambil memartabatkan nilai-nilai yang menjadi tunjang jenama ini.

‘PROSPERITY’ mendukung 10 nilai murni yang merupakan tunjang McDonald’s – Perkongsian, Persahabatan, Keharmonian, Kesejahteraan, Prihatin, Kebahagiaan, Kemesraan, Famili, Nikmat dan Sayang. Kita direstui kasih-sayang dan kebahagiaan ketika mengeratkan silaturahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan; kita mendapat kepuasan apabila membuat seseorang tersenyum, ketika menikmati burger McDonald’s yang enak; dan berkongsi nikmat hidup bersama mereka yang disayang termasuk yang tidak dikenali.

Menerusi kempen “Prosperity Gives Back” yang menegakkan nilai-nilai tersebut, 10 sen daripada setiap pembelian set hidangan Prosperity Burger akan diperuntukan kepada tabung amal.

Kutipan derma akan disalurkan ke arah membantu aktiviti kebajikan dalam setiap lapisan masyarakat di sekitar kawasan di mana restoran McDonald’s beroperasi.

“McDonald’s selalu berkomited untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat tempatan melalui operasi kami di seluruh dunia. Di Malaysia, kempen “Prosperity Gives Back” merupakan salah satu cara kami membawa perubahan positif dalam kehidupan golongan kurang bernasib baik,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Sarah Casanova.

Dengan adanya restoran McDonald’s di hampir setiap pekan dan bandaraya di Malaysia, kempen “Prosperity Gives Back” mampu mengesan mereka yang memerlukan bantuan kewangan di peringkat tempatan secara lebih menyeluruh.

Ini merupakan edisi kedua kempen “Prosperity Gives Back” yang bermula pada 3 Disember 2011 dan akan berakhir pada 15 Februari 2012.

Double Chicken atau Double Beef Prosperity Burger™ dihidangkan dengan dua kepingan daging atau ayam yang dicelup dalam sos lada hitam yang aromatik serta dilapisi hirisan bawang dalam roti ban berbijian. Dilengkapi dengan Twister Fries yang rangup dan Prosperity McFizz yang menyegarkan, Set Double Prosperity Burger boleh didapati sewaktu makan tengah hari McValue (dari 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang) dengan harga RM15.95 sahaja.

Perihal McDonald’s
McDonald’s peruncit makanan yang terkemuka dengan lebih daripada 33,000 restoran di seluruh dunia. Ia menawarkan perkhidmatan kepada 65 juta pelanggan setiap hari. Di Malaysia, sebanyak 216 restoran McDonald’s melayan 13 juta pelanggan sebulan. Di samping itu, McDonald’s menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan kepada lebih daripada 11,000 kakitangan rakyat Malaysia di restorannya.

Untuk maklumat lanjut tentang McDonald’s, sila layari laman web www.mcdonalds.com.my

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Top Chef Masters

Drama The Stew of Life