in

Kempen Pecah Tabung Itu Aje Suria FM

Kempen Pecah Tabung ‘Itu Aje’

Budiey nak ucapkan Tahniah kepada Nurhafizah dari Shah Alam krn telah pecahkan tabung itu aje RM 35,700 pada pagi ini!! Congrats!! Pemenang pagi ini telah berjaya meneka lagu dari Azmeer iaitu Zuriat Cinta. Sangat senang! Berbaloi-baloi sertai peraduan ini!

Suria FM kini semakin giat dalam mengadakan peraduan yang dikeudarakan sepanjang hari. Sekarang ini masih lagi berlangsung ialah peraduan Lagu Berduit Suria FM yang semakin menghampiri ke penghujungnya. Wang tunai sebanyak RM70 ribu ringgit dipertaruhkan bagi peraduan ini. Ianya peraduan yang mudah dan ringkas kerana pendengar hanya perlu menghantar SMS. Mereka yang terpilih akan dihubungi sebagai pemenang Lagu Berduit Suria FM.

Tidak cukup dengan itu, Suria FM kini melakukan satu lagi kempen yang menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pendengar setianya. Kempen Pecah Tabung ‘Itu Aje’ di Suria FM yang menghadiahkan wang berjumlah RM35,600 ringgit sehingga 29 Mac 2011.

Breakfast@Suria

Jumlah tersebut akan meningkat naik lagi sebanyak RM100 setiap hari sekiranya tiada pemenang. Peraduan ini hanya boleh didapati di dalam segmen [email protected] setiap pagi bersama Halim Othman, Zizi & Shiera. Cara permainan peraduan ini ialah pendengar perlu menjawab dengan memberikan Nama Penyanyi dan Tajuk Lagu kepada klip bunyi yang dimainkan.

Klip bunyi tersebut merupakan bunyi terakhir kepada sebuah lagu. Klip tersebut hanya akan dimainkan sebanyak dua kali setiap hari dari isnin hingga Jumaat iaitu pada jam 7 pagi dan 8 pagi. Cara menyertainya ialah pendengar harus mendengar sehingga isyarat diberikan kemudian hantarkan SMS dengan menaip SuriaNama penuh dan nombor IC dan hantarkan ke 33988. Penghantar SMS yang ke-5 dan yang ke-10 akan dihubungi untuk memberikan jawapan.

Peraduan ‘Itu Aje’ ini telah bermula sejak Ogos 2009 yang lalu. Namun sehingga hari ini, masih tiada siapa yang berjaya memenanginya sehingga menjadikan jumlah wang meningkat kepada puluhan ribu.

Oleh disebabkan terlalu lama dan masih tiada siapa yang berjaya memberi jawapan dengan betul, Suria FM bermurah hati dan mengambil langkah mengadakan kempen pecah tabung ‘Itu Aje’ dengan memberikan sebanyak mana klu yang diperlukan bagi memastikan ada yang berjaya memberi jawapan dengan betul. Untuk setakat ini, sudah 8 klu yang diberikan oleh Suria FM kepada pendengarnya.

Antara klunya ialah; penyanyi lelaki, 90-an, nama album ialah nama artis tersebut, hujung lagu berakhir dalam bentuk yang ‘sustain’, penyanyi lelaki solo yang tidak pernah menyertai apa-apa kumpulan, ‘pony canyon’, mempunyai 2 album iaitu satu pada tahun 80-an dan satu lagi pada tahun 90-an. Manakala klu yang terakhir setakat ini ialah penyanyi tersebut pernah berduet dengan Amy Mastura.

Klu-klu yang diberikan ini pasti dapat memberi ruang kepada pendengar untuk mencari penyanyi dan tajuk lagunya dengan lebih mudah dari sebelum ini. Namun klu-klu tersebut tidak akan berhenti begitu sahaja kerana setiap hari akan diberikan klu baru sehingga benar-benar menjumpai pendengar yang berjaya memberi jawapan yang betul.

Menurut Deputy COO Suria FM, En Yusry Abu Samah “ Peraduan ini sudah terlalu lama berlangsung dan pasti ramai yang mengikuti perkembangan peraduan ini akan sentiasa tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan jawapannya.

Oleh itu, Suria FM dengan bermurah hati cuba untuk memberikan sebanyak mana klu yang boleh agar mereka mampu dan mudah untuk mendapatkan jawapannya. Dengarkan segmen [email protected] bersama Halim Othman, Zizi & Shiera untuk mendapatkan klu yang seterusnya atau layari www.suriafm.com.my

Suria Fm Team

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kampus Astro Tawar Kelebihan Untuk Murid UPSR

Nanu Baharudin Tasha Shilla dalam Drama Sahara