in

Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2012

Ayam Brand Membekalkan Makanan Dalam Tin Yang Mudah Disediakan, Sihat & Berkhasiat untuk 5 tahun Berturut-Turut, Memanfaatkan 2,000 Penghuni di rumah-rumah Kebajikan Seluruh Negara. Empat rumah kebajikan dari Kuala Lumpur & Selangor jadi penerima.

Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2012 telah dilancarkan oleh Pengerusi Ayam Brand, Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, di KidZania Kuala Lumpur pada 17 Julau lalu, di majlis yang turut di hadiri oleh lebih daripada 60 kanak-kanak dari empat badan-badan kebajikan di Lembah Kelang, hari ini.

Ayam Brands

Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand kini sudah memasuki tahun kelima dalam memberikan sumbangan berbentuk produk makanan dalam tin yang sihat dan mudah disediakan, tiada tambahan bahan pengawet dan tiada tambahan MSG kepada anak-anak yatim, golongan-golongan kurang upaya, ibu-ibu tunggal dan warga-warga tua.

Pada tahun ini, Ayam Brand telah menambahkan 3 buah lagi rumah kebajikan dan telah membekalkan produknya yang berkhasiat selama dua bulan kepada 43 rumah-rumah kebajikan di sepuluh wilayah di Malaysia Barat dan Malaysia Timur, yang merangkumi lebih dari 2,000 penghuni.

Empat rumah kebajikan di Kuala Lumpur dan Selangor menerima sumbangan dari Ayam Brand di majlis pelancaran ini, berserta dengan kehadiran kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan di KidZania, di mana mereka mempunyai peluang untuk bergembira sambil belajar.

Wakil-wakil dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah ( RACTAR ), Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Kasih, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan dan Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Triniti Komuniti Selangor turut hadir untuk menerima sumbangan produk Ayam Brand sepert sardin, tuna, kacang panggang, mackerel dan lain-lain – cukup untuk menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat selama 2 bulan.

Kempen tahunan ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat Ayam Brand yang di lancarkan sejak 2008 dan telah memanfaatkan hampir 9,000 orang daripada 158 rumah amal dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan dengan membekalkan produk-produk yang berkhasiat dan mudah di sediakan.

Dalam majlis ini, Chef Selebriti, Chef Anis Nabilah turut hadir untuk memberikan tip-tip memasak yang mudah dan sihat menggunakan produk-produk Ayam Brand kepada kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan ini.

Objektif Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2012 adalah :

• Memberikan sumbangan berbentuk produk makanan dalam tin Ayam Brand yang sihat, mudah di sediakan, tiada tambahan bahan pengawet dan tiada tambahan MSG kepada rumah-rumah kebajikan tempatan

• Memberikan khidmat dan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak dan golongan kurang upaya sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat kami untuk berbakti kepada masyarakat

• Membekalkan makanan bekhasiat, sihat dan mudah di sediakan untuk penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan tempatan

Menurut Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, Pengerusi Ayam Brand, kakitangan-kakitangan syarikatnya di setiap negeri sentiasa menanti-nantikan program tahunan ini kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk berbakti kepada masyarakat setempat.

“Kami mendapati sokongan dan sambutan terhadap program ini terutamanya daripada kakitangan kami sendiri semakin meningkat. Ayam Brand mempunyai budaya khidmat masyarakat yang kuat dan kempen ini membolehkan kakitangan kami terbabit secara aktif dalam menyumbang dan menyokong pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti ini dan pada masa yang sama berbakti kepada masyarakat” kata Tunku Dato’ Mu’tamir.

“Setiap tahun kami akan cuba meningkatkan jumlah penerima bantuan sama ada jumlah rumah kebajikan atau jumlah penghuninya. Dan kami bersyukur pada tahun ini kami mampu menambahkan tiga lagi rumah kebajikan melalui program kami” kata Tunku Dato’ Mu’tamir.

Untuk menjadikan program ini lebih bermanfaat, Ayam Brand telah mendapatkan khidmat Chef Anis Nabilah untuk mengajar kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan ini bagaimana menyediakan masakan yang senang dan sihat menggunakan produk-produk Ayam Brand.

“Mengajar kanak-kanak ini skil-skil asas bagaimana untuk meyediakan makanan mereka sendiri amat bermakna untuk saya. Memasak tidak sepatunya susah untuk kanak-kanak dan mereka boleh belajar dari muda supaya boleh berdikari apabila lebih dewasa. Saya telah menunjukkan idea-idea bagaimana untuk menghias satu hidangan supaya ia nampak lebih menarik. Tip-tipnya adalah menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati dengan kuantiti yang betul dan berkualiti seperti tuna atau sardin Ayam Brand untuk masakan yang sihat dan berkhasiat.” kata Chef Anis.

Menurut En. Zulkarnain Mansor, wakil daripada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah ( RACTAR ), sumbangan makanan dalam tin yang sihat dan berkhasiat daripada Ayam Brand ini amat dihargai oleh semua rumah-rumah kebajikan kerana ia mampu mempelbagaikan hidangan berkhasiat untuk penghuni, malah cepat dan mudah di sajikan.

“Produk-produk Ayam Brand amat mudah di sediakan lagi berkhasiat. Apa yang perlu di lakukan adalah hanya membuka tin dan makanan sudah sedia untuk di sajikan,” kata En Zulkarnain lagi.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu adalah En. Ting Seng Hee, Ketua Pengarah Urusan Ayam Brand, Roslida Che Wail, Warden dari Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Kasih, Ms Jasmin, Wakil dari Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan, Ms Gloria Lee, Wakil dari Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Triniti Komuniti Selangor.

Latar Belakang Ayam Brand
Ayam Brand, satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia dan Asia selama 120 tahun, terkenal dengan pelbagai rangkaian makanan dalam tin yang berkualiti dan sihat. Untuk dua tahun berturut-turut, iaitu 2006 & 2007, Ayam Brand telah dipilih sebagai jenama Asia nombor satu untuk kategori makanan dalam tin dari kajian pengguna yang diadakan oleh Synovate Research ( 1000 Jenama nombor satu Asia ) yang dianjurkan oleh Media Magazine Hong Kong. Dalam tahun 2009, Ayam Brand dianugerahkan “The Brandlaureate Awards 2008-2009” (Jenama Terbaik Dunia di Asia Pasifik).

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila layari www.ayambrand.com.my.

Ayam Brands

Ayam Brands

Ayam Brands

Ayam Brand

Ayam Brand

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eira Syazira Insaf dalam Drama Bersiri Ramadan Tetap Maghrib

Malaysia’s Biggest 3-on-3 B-Boy Competition