in , ,

LoveLove WinWin CuteCute SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG!

Maxis Lancar Kempen FREE PHONES EVERY DAY

Para pelanggan dapat menebus peluang untuk memenangi telefon bimbit setiap hari apabila mereka log masuk ke aplikasi Hotlink RED dan memperolehi mata Hotlink Rewards secara percuma

Amylea Azizan

Hotlink memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan untuk memenangi telefon bimbit percuma apabila mereka log masuk ke aplikasi Hotlink RED setiap hari. Dengan kempen “Free Phones Every Day” yang akan berlangsung sehingga 31 Julai, pelanggan boleh menuntut mata ganjaran Hotlink Rewards percuma setiap hari dengan hanya log masuk ke aplikasi dan menggunakan mata ganjaran tersebut untuk menyertai tawaran “Free Phones Every Day”, yang akan memberikan mereka satu peluang untuk memenangi sebuah telefon Samsung S10+, Samsung A10, atau Samsung A30. 

Hotlink Rewards - Free Phones Every Day

Hotlink menawarkan peluang untuk memenangi telefon bimbit setiap hari 

  • Ini adalah salah satu daripada tawaran-tawaran harian menarik yang sentiasa disukai oleh pengguna aplikasi Hotlink
  • Hotlink menyediakan pengalaman dan tawaran yang lebih peribadi kepada pelanggan

“Telefon bimbit adalah salah satu keperluan hidup dan kita tidak pergi ke mana-mana pun tanpanya.

Pada masa yang sama, kami di Maxis menyedari bahawa harga telefon bimbit semakin meningkat dan ini menyusahkah untuk sesetengah orang untuk membelinya.

Hotlink ingin memberi tawaran menarik yang sangat bernilai setiap hari kepada pelanggan kami, oleh itu kami membuat promosi “Free Phones Every Day”.

Ia memang semudah itu! Kami komited untuk memahami pelanggan secara peribadi – segala sukaan mereka, tawaran yang relevan kepada mereka dan sebagainya,”

– Navin Manian, Ketua Pengurusan Pelanggan
Free Phones Every Day

Untuk mendapatkan peluang memenangi sebuah telefon bimbit percuma, pelanggan hanya perlu:

  1. Muat turun aplikasi Hotlink RED daripada Apple Store atau Google Play Store, dan log masuk ke aplikasi tersebut.
  2. Buka aplikasi tersebut setiap hari dan menebus mata ganjaran Hotlink Rewards di laman Rewards. Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran, pelanggan boleh membeli Pas Internet bulanan terpilih daripada laman Shop dalam aplikasi.
  3. Selepas menuntut mata ganjaran percuma, masuk laman Deals and cari promosi “Free Phones Every Day” di bawah kategori “Hot Deals”. Klik tawaran tersebut dan pilih “Redeem With 5 Hotlink Rewards Points” bagi memuat turun satu peluang untuk memenangi sebuah telefon bimbit.
  4. Oleh kerana Hotlink memberi telefon bimbit percuma setiap hari semasa tempoh kempen ini, sila log masuk ke aplikasi setiap hari untuk menebus peluang anda!

Tawaran tersebut merupakan salah satu daripada promosi-promosi menarik yang boleh dinikmati di aplikasi Hotlink RED.

Promosi-promosi menarik yang lain termasuk tawaran makanan dan minuman daripada jenama seperti Aunty Anne’s, Tealive, dan McDonald’s, dan juga diskaun untuk hotel di laman web pengembaraan seperti Expedia dan Traveloka, dan banyak lagi!

Untuk senarai penuh jenama dan perniagaan dalam Hotlink Rewards, sila log masuk ke aplikasi Hotlink RED.

Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari www.hotlink.my/freephones. Tontoni video di sini.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sophia Fredskild

Filem Indonesia ASSALAMMUALAIKUM BEIJING Lakonan Revalina S. Temat

Ragbi: Sendu Menuju Puncak, Topik Siaran Langsung PLANET SUKAN