in , ,

Kemelut Gagal Lunas Baki Bayaran, Akhirnya Ogy Bagi Penjelasan Isu Block Pelakon di IG

Isu Kegagalan Kak Ogy Melunaskan Baki Bayaran Kepada Pelakon Teater Korupsi Dewan Semandung Terus Diperkatakan Netizen.

Isu kegagalan melunaskan baki bayaran kepada pemain teater termasuk pengarahnya terbongkar apabila Che Mat, salah seorang pelakonnya membuat laporan polis. Menurut Che Mat, pihaknya berasa tertipu dengan janji manis Ogy Ahmad Daud untuk melunaskan baki bayaran.

Kemudian isu tersebut diangkat oleh pengarahnya, Khir Rahman sendiri yang berasakan perkara tersebut harus diselesaikan oleh Ogy Ahmad Daud.

Ogy Ahmad Daud menafikan dakwaan bahawa dia berdiam setiap kali diajukan pertanyaan mengenai isu bayaran, sebagai percubaan melarikan diri.

Perkara tersebut dibalas kembali oleh Ogy yang mengakui dia tidak putus usaha untuk melunaskan baki bayaran dan sedang mencari dana untuk melunaskan tunggakan bayaran tersebut. Ogy, telah cuba untuk mendapatkan pinjaman bank namun usahanya itu gagal. Dalam kenyataan tersebut juga, Ogy mengakui bahawa dia masih tidak menukar nombor telefonnya dan masih berada dalam kumpulan WhatsApp teater tersebut. Menurut Ogy, dia tidak melarikan diri dan tidak menukar nombor telefon dan belum lagi keluar dari kumpulan WhastApp.

Namun, pelawak dari Indonesia, Vicha terkilan dengan tindakan Ogy Ahmad Daud yang telah menyekat pelakon di laman sosial Instagram.

Vicha berkata jika benar Ogy Ahmad Daud tidak lari daripada ‘masalah’ seperti yang diucapkan beliau menerusi sosial media, mengapa dia perlu menyekat kesemua barisan pelakon teater itu di IG. Menerusi Instagram, Vicha kemudian membidas sikap Ogy yang dianggapnya tidak profesional – lebih-lebih lagi beliau merupakan pelakon senior.

“Setelah tidak menjawab panggilan saya, tidak menjawab di WhatsApp, baik personal mahupun berkumpulan, Ini adalah post terakhir kak Ogy yang boleh saya lihat dan komen di Instagramnya.

“Kini saya telah kena blocked. Malah komen-konmen juga deleted. Ya begitulah tajuknya, yang dia tidak lari,”

– Khir Rahman
Terima Biasiswa NASA, Azhar Ali Akhirnya Beri Penjelasan Kena SCAM!

Khir Rahman juga turut meminta maaf kepada pengguna Twitter kerana menurutnya sacara peribadi dia tidak gemar denagn apa yang terjadi, tetapi dia bersuara kerana ini bukan pertama kali soal pembayaran teater tidak dilunaskan.

Ogy juga tidak risau perkara tersebut akan mencalarkan reputasinya. Ogy menegaskan, ini bukan masanya untuk memikirkan soal malu.

Terima Biasiswa NASA, Azhar Ali Akhirnya Beri Penjelasan Kena SCAM!

Ogy juga menerima kritikan daripada netizen dan faham situasi para netizen dan warganet.

“Saya tahu perkara ini hangat diperdebatkan warganet lebih-lebih lagi selepas pelakon memuat naik isu ini di laman sosial. Mereka berhak berbuat demikian dan saya faham situasi mereka.”

“Kenapa saya nak rasa malu atau reputasi tercalar? Dalam hal ini, saya tidak meletakkan diri sebagai selebriti.”

“Sebaliknya, saya anggap ini ujian buat ahli perniagaan. Saya pernah melalui saat sukar apabila produksi saya gulung tikar.”

“Namun, tidak sesekali mematahkan semangat. Ambil sahaja contoh, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Dia pernah diisytiharkan bankrap sebanyak tujuh kali. Lihat di mana kedudukannya sekarang. Walau berapa kali jatuh, saya tetap bangkit semula,” katanya.

– Ogy Ahmad Daud
Terima Biasiswa NASA, Azhar Ali Akhirnya Beri Penjelasan Kena SCAM!

Vicha berkata:

“Bukan saya sahaja yang terkilan, tetapi semua dalam produksi ini terkejut dengan tindakan Kak Ogy. Adakah ini sikap profesional seorang pelakon senior?”

“Menyekat kami daripada akaun IG itu tidak lari dari tanggungjawab? Ya, memang benar beliau masih ada dalam group WhatsApp, tetapi macam tak ada.”

“Beliau hanya mendiamkan diri dan tidak memberi respon apabila kru bertanya tentang isu bayaran. Kalau dia faham mereka (tenaga produksi teater) perlu perbelanjaan untuk Aidilfitri kenapa buat macam ini…?”

“Ini bulan Ramadan, tak baik aniaya orang lain…Kami semua ada ‘mulut’ untuk disuap” 

– Vicha
Terima Biasiswa NASA, Azhar Ali Akhirnya Beri Penjelasan Kena SCAM!

Vicha turut memuat naik bukti Ogy yang menyekat para pelakon di IGnya dengan menyiar semula luahan daripada Man Raja Lawak yang turut memuat naik perkara sama di laman sosialnya.

“Nape ek #kakogyahmaddaud block semua pelakon-pelakon, kru-kru, musician yang terlibat dalam teater korupsidewansemandung?

“Kalau dia di pihak yang benar..siapa yang jadi mangsa ni? Kami ke dia? Kelakar pun ada gak pasal 2 bulan berdolak dalik…

“Kitaorang sabar dan beri peluang, akhirnya ini yang kami dapat? Baki 10k baik saya bagi kat mereka yg betul-betul tengah susah dari bagi kat akak yang MENYUSAHKAN semua orang #hilangrespekaku!”

Selain itu, pelakon untuk teater tersebut iaitu Syura Badron juga meluahkan perasaan di media sosial Instagramnya bahawa beliau berasa teraniaya dan tujuan beliau berkongsi kerana ingin menuntut haknya dan rakan-rakan selebriti serta kru yang terlibat dalam pementasan tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Pada 4 Mei Ini Adalah Satu Kesilapan Yang Besar?

Terima Biasiswa NASA, Azhar Ali Akhirnya Beri Penjelasan Kena SCAM!