in

Kembara TV3 Jalinkan Kemesraan Dan Muhibbah

Petaling Jaya,  4 Mac 2009 – Sempena dengan sambutan jubli perak, selain daripada penganjuran karnival terbesar Jom heboh 2009, TV3 juga memperkenalkan siri jelajah istimewa, “Kembara TV3” yang tampil dengan wadah baru dan menarik berlandaskan ‘program mesra rakyat’. Sebagai pembuka tirai, Kembara TV3 telah berjunjung ke 4 buah kampung dalam 2 hari penjelajahan mereka sebelum ke lokasi pertama Jom Heboh di MITC Melaka minggu lalu.

Kampung Rawa Tengah, Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan; Kg Stay, Kampung Padang Lebar, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Kampung Pachitan Chuah, Port Dickson dan Kampung Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka merupakan lokasi-lokasi yang menerima kunjungan troop “Kembara TV3” selama 2 hari, bermula pada pagi Khamis, Februari 26 dan berakhir malam Jumaat, Februari 27.

Bertujuan mengeratkan silaturrahim di samping membawa TV3 dekat dengan penonton, Kembara TV3 meraikan ulang tahun bersama-sama penduduk-penduduk setempat dengan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan, permainan, persembahan dan juga kuiz. Barisan personaliti yang mengikuti Kembara ini termasuklah Maria Tunku Sabri, Tabah Sazwan, Akbar Sahri, Siti Hasffiza dan Sharifah Salwa. Manakala, para artis yang turut serta ialah Nabila Nuda, Hafiz Nafiah, Danny X-Factor, Eira Syazira, Zarina AF dan Zul Yahya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin berkata, “Bukan sekadar stesen televisyen, selari dengan misi kami untuk terus menyajikan program-program yang terbaik dan berkualiti, TV3 juga amat menghargai penonton setia kami yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Melalui Kembara TV3, tujuan utama kami adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim dan membina jalinan baru dengan semua individu yang kami temui melalui kampung-kampung yang dilawati.”

“Kunjungan ini ternyata berbaloi dan penat lelah terasa hilang apabila melihat wajah-wajah penduduk kampung yang begitu teruja menerima kedatangan rombongan kami di setiap lokasi. Sambutan alu-aluan yang diterima dari penduduk tempatan yang diberikan melalui paluan kompang, perarakan bunga manggar, persembahan pencak silat dan juga layanan istimewa penduduk termasuklah menyajikan juadah-juadah lazat kepada kumpulan kami memang membuatkan pengalaman Kembara TV3 kali ini cukup bernilai.”

Selain daripada permainanan Tarik Tali, Giant Snake & Ladder, Kaki Tiga, Terompah Gergasi, Coloring Contest, Tarik Upih, Baling Telur dan berhibur dengan naynyian dan tarian ‘Poco-Poco’, artis-artis, personaliti dan warga TV3 turut menjalankan aktiviti bergotong-royong dan menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan serta keperluan asas untuk kegunaan penduduk setempat. Kembara berakhir setibanya di lokasi Jom Heboh di Melaka pada hari Sabtu untuk bersama-sama dengan pengunjung-pengunjung di sana pula.

Antara dif kehormat yang turut turun padang termasuklah Encik Hamdan bin Yaakob, Timbalan Pentadbir Tanah Seremban, Negeri Sembilan yang turut bersama-sama penduduk-penduduk Kampung Rawa Tengah di Lenggeng. Ketika di Kampung Stay, Kampung Padang Lebar di Batu Kikir, majlis turut dimeriahkan YB Dato’ Mohammad Razi b Haji Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan. Hari kedua juga turut menyaksikan YB. AR Tuan Haji Ismail bin Haji Othman, Adun Kawasan Kuala Linggi, Melaka juga bersama-sama memeriahkan acara di Kampung Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Kembara TV3 akan bergerak menuju ke lokasi Karnival Jom Heboh yang kedua, iaitu Kuantan, Pahang bermula 26 Mac hingga 27 Mac, 2009.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. KEMBARA TV3,

    saya sebagai Timbalan setiausaha Persatuan Penduduk Siantan ingin bertanyakan samada wakil TV3 pada siri jelajah kembara TV3 ini boleh diadakan ditempat kami di Pangsapuri Siantan Jln PP3A Taman Putera Perdana 47300 Puchong Selangor pada 29 hb March 2009 sempena Hari Keluarga 2009 Persataun Penduduk disini.

    Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri siantan ialah Encik Zaibiri Nordin H.Pon 012 6695029.

    Aturcara majlis hari Keluargapad Ahad 29/3/09.

    8.00 am Ketibaan Penduduk
    9.00 am ketibaan YB ADUN Dengkil ” Dato Hj Marsum Paing ”
    9:15 Bacaan Doa Ustaz
    – Ucapan pengerusi
    – Ucapan Wakil Zon
    – Ucapan Wakil JPP Zon Putra Perdana
    – Perasmian oleh ADUN DENGKIL.
    – Penyampaian Sijil dan cendermata pelajar cemerlang.
    – Acara Sukaneka

    1:00 TAMAT.

    saya mewakili penduduk amat berbesar hati kiranya TV3 atau wakil pihak TV3 dapat memberikan sumbangan atau turut serta dalam program kemaysrakatan kami untuk jalinan muhibbah antara pihak media dan Masyarakat AM nya.

    Harap Persatuan Penduduk Siantan tidak dikena kan apa apa syarat atau bayaran untuk menjemput TV3 menceriakan Majlis Hari keluarga untuk tahun 2009.

    Jumlah Penduduk Pangsapuri siantan terdapat 1000 buah keluarga 99.9 % Melayu.

    Program jelajah kembara TV3 amat menarik hati.

    Sekian Ribuan Terimakasih

    Hamdi Barjah
    Timbalan Setiausaha 11
    Persatuan Penduduk Pangsapuri Siantan 2009 – 2011.
    H.Pon – 019 2784971

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Amim Akademi Fantasia 7

Sinopsis REMP-IT V3 Lakonan Wan Nor Azlin & Lisa Surihani