in ,

Kem Hijrah Remaja & Malam Penghayatan Maal Hijrah

KEM HIJRAH REMAJA & MALAM PENGHAYATAN MAAL HIJRAH

Perunding Motivasi Selfcure Resources, membawakan Kem Hijrah Remaja bersama kumpulan nasyid popular tanah air. Nowseeheart ke Kota Kinabalu, Sabah pada 8 dan 9 Disember ini bersempena sambutan Maal Hijrah, di Dewan Saadah, Wisma Muis Kota Kinabalu Sabah.

Kem hijrah ini akan turut sama dikendalikan oleh perunding motivasi berpengalaman serta dibantu oleh kumpulan Nowseeheart yang telah lebih 10 tahun melibatkan diri di dalam dunia motivasi dan pendidikan, khusus untuk remaja-remaja di Kota Kinabalu Sabah.

Pada 9 Disember 2010, jam 8 Malam pula akan diadakan Konsert Malam Penghayatan Maal Hijrah, dilokasi sama, menampilkan Nowseeheart, serta penampilan khas Hafiz Hamidun dan DJ Erwan dari radio IKIM FM.

Konsert ini begitu istimewa sekali kerana setelah 13 tahun berada di dalam dunia hiburan tanah air, ini merupakan konsert sulung Nowseeheart di Negeri Sabah. Hafiz Hamidun juga akan turut menjadi undangan khas konsert tersebut, dan beliau akan menghiburkan para pengunjung dengan lagu-lagu nasyid popular beliau, termasuk lagu baru untuk album terbaru yang belum pernah disiar serta dipersembahkan di mana-mana.

Harga untuk penyertaan Kem Hijrah Remaja cuma RM200.00 sahaja termasuk tiket percuma konsert, manakala tiket berharga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak sekiranya para pengunjung ingin terus ke menyaksikan konsert tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada nombor yang berikut: 019-8131389 (Abdul).

Nowseeheartkk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farawahida Lahir Single Terbaru Jangan Kau Tanya Aku Lagi

Gambar-Gambar Kenangan Sepanjang Minggu Ini