in , ,

“Keluar dari Islam, Itu Lebih Afdal,” Sajat Mengaku Keluar Islam, Salah Siapa?

Berita mengejutkan ramai pihak apabila Sajat menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di media sosial. Sejauh mana kebenaran pengakuan dari Sajat?

Belum reda lagi kontroversi menimpa usahawan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat, di mana dia diburu JAIS mahu menangkap dirinya, kini timbul pula kontroversi baru yang menjadi bualan hangat netizen.

Video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan tindakan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.

Menurut Muhammad Sajjad, tindakan orang ramai termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan memberi iktibar, sebaliknya membuatkannya lebih takut dan berasa lebih baik untuk keluar daripada agama Islam.

“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” katanya.

Tangkap layar rakaman video tular di media sosial berhubung pengakuan Muhammad Sajjad untuk keluar daripada agama Islam.

Bagaimanapun, tarikh muat naik video berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada ia video baharu atau lama.

Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri memberi respon mengenai isu Sajat yang didakwa mahu murtad dari agama Islam.

Menurut PU Syed, dalam isu tersebut Sajat tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya cuba memperbetulkan dirinya.

“Sajat nak murtad salah siapa?

“Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapanya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial?

“Ambe (Saya) rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari, semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya,” katanya.

PU Syed berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Nasihat PU Syed, Sajat perlu insaf dan kembali kepada fitrah sebenarnya.

“Murtad bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang Sajat hadapi…Bahkan ia menambah parah dalam diri Sajat.

“Kembalilah kepada fitrah…bertaubat kepada Allah, Allah Maha Penerima Taubat,” katanya lagi.

SAJAT

Pada Sabtu, satu serbuan dijalankan pihak berkuasa di kediaman usahawan kosmetik berkenaan terletak di Seksyen 10, Kota Damansara kira-kira jam 9 malam bagaimanapun usahawan tersebut tidak ditemui.

Dalam pada itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad sebelum ini berkata, hanya sekitar empat orang penguat kuasa JAIS diperlukan untuk menahan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dalam satu-satu masa.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir ke prosiding kes berpakaian wanita dalam kejadian tiga tahun lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Video ini membuatkan beberapa pengguna media sosial agak marah dengan sikapnya dan ada juga meminta Sajat supaya kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.

SAJAT
SAJAT

Apa-apapun diharapkan usahawan kosmetik ini janganlah terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara dan kembali semula ke pangkal jalan. Ramai yang tengah cari abang Sajat ni.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rancangan Dengar Tuntut Strategi Holistik Bantu Masyarakat

Neelofa Hadiahkan Seterika Laurastar Yang Canggih Untuk Nabila, Netizen Dedah Harga RM12,900