in , ,

Ini Faedah & Kelebihan Guna Aplikasi Astro on the Go Yang Anda Perlu Tahu

Rasanya dah ramai tahu pasal Astro on the Go kan? Tinggal nak guna ke tak je. Aplikasi tu dah lama ada. Biasalah kita ni kekadang tu tak tahu nak hargai apa yang kita ada.

Kalau belum tahu, Astro on the Go adalah satu perkhidmatan inovatif yang mana membolehkan kita menonton program kegemaran berterusan menerusi telefon pintar, tablet, komputer riba dan PC anda di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa. Sesuailah dengan taglinenya iaitu Take Astro With You, Wherever You Go!

Untitled

Bayangkan anda sedang seronok menyaksikan sepuluh minit perlawanan secara langsung bola sepak BPL di rumah, kemudian ada kawan anda datang untuk ajak belanja makan kat luar. Nak tak nak kenalah ikut, kan.

So, bila ikut diorang keluar, mesti la frust sebab ketinggalan nak tahu team mana yang akan menang nanti. Maklumlah perlawanan BPL musim ni memang sengit dan gempak. Dengan Astro on the Go, korang tidak akan kecewa lagi, tidak akan ketinggalan lagi sebab boleh menonton perlawanan bola sepak SECARA LANGSUNG tu kat mana je.

Kepada anda yang suka menonton program sukan siaran langsung di saluran Astro Supersport, Fox Sports dan Eurosports lagilah elok kalau guna platform AOTG sebab peminat sukan di luar sana takde lagi ketinggalan untuk menikmati rancangan sukan kegemaran masing-masing,

Apabila Astro on the Go dah ada, masalah terlepas siaran langsung tak akan berlaku lagi selepas ini.

Ramai yang tanya lagi, macamana nak dapatkan kandungan terkini AOTG? Haaa, apa kata muatturun je di platform iOS dan Android ataupun menerusi laman sesawang www.astroonthego.com.

Untitled

Selain dapat menonton siaran langsung, Budiey juga teruja bila dapat tonton Juara Parodi 2015 dan Maharaja Lawak Mega akan datang ni. Juga program TV dan drama bersiri yang disiarkan hari yang sama seperti di US iaitu Quantico dan The Walking Dead S6.

Orang kata, apabila di zaman sekarang ni dah banyak movie dan drama TV kat dalam aplikasi video lain… tak nak la sebut, korang tahu aplikasi yang mana satu, tapi Astro on the Go masih lagi penting bagi Budiey sebab memang mudah dan ia boleh dimuatturun ke dalam iPad.

Jadi, sekarang anda tak perlu bergantung atau mengadap TV semata-mata untuk menonton siaran hiburan yang anda suka kerana anda boleh menonton menerusi telefon pintar, tablet, komputer riba dan PC anda di mana sahaja anda berada. Konsep grafik aplikasi ini juga dah lebih segar, lagi best tonton. Haaa, lupakan aplikasi video yang lain tu ya.

Apabila kita dapat lihat antara muka (interface) terbaru platform Astro on the Go dinaik taraf fungsi menjadikan ia lebih ohsem dan fleksibel… ia sekaligus dapat menjanjikan pengalaman pengguna di kesemua tablet, telefon pintar dan komputer riba. Tak cuba tak tahu, jadi kenalah cuba dulu.

Budiey pun dah pun cuba menggunakan servis Astro on the Go sejak ia dilancarkan. Bayangkan dah berapa tahun dah asyik duk guna Astro on the Go je. Boleh tahan gak Astro on the Go ni. Sangat berinovasi! Lagi pun, ia terbuka dan disediakan untuk semua, tidak kira anda pelanggan Astro dan bukan pelanggan Astro.

Wow, jadinya sekarang, semua dari kita dapat menggunakan Astro on the Go! Hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan Astro ID sebagai username secara percuma… termasuklah kepada sesiapa yang bukan melanggan Astro kat rumah tu. kita dah boleh menonton program menarik di Astro Awani, Astro Arena dan juga Go Shop la ya. Budiey sangat puas hati dengan servis terbaru dari Astro nih.

Apa yang boleh Budiey katakan, ianya sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup Budiey sebagai penulis blog sepenuh masa yang sentiasa sibuk ke sana-sini untuk menghadiri events dan photoshoot bersama selebriti.

Kalau dulu, Budiey terpaksa ponteng events semata-mata nak tengok siaran langsung Anugerah Grammy atau Gegar Vaganza, tapi sekarang tak lagi, sebab kat events pun Budiey masih boleh mengikuti siaran anugerah itu dengan kemudahan yang disediakan di Astro on the Go.

Bagi Budiey dengan adanya Astro on the Go, pastinya ia memenuhi citarasa generasi muda dan melengkapi gaya hidup mereka.

Tak percaya korang boleh cuba. Haa, anda yang bekerja di pejabat tu pun boleh curi-curi masa untuk tengok siaran drama kesukaan korang.

Pengguna dapat memuatturun program TV kegemaran dan juga filem on demand secara offline, jika kita berada di luar kawasan liputan (takde line) ke, kekurangan data ke, tiada wifi ke, kita boleh tonton semula video tersebut tanpa halangan.

Budiey difahamkan Astro on the Go telah mencipta sejarah di mana menjadi antara perkhidmatan TV online yang terbesar di Malaysia dan servis ini bukan calang-calang sebab nanti ia akan berkembang demi melengkapkan gaya hidup pengguna. Yang penting, Astro on the Go dapat dinikmati oleh para pelanggan Astro berdasarkan pakej langganan mereka setiap bulan.

Jadi, jika anda adalah pengguna gajet mudah alih, pengguna iPad, gajet telefon bimbit pintar dan tablet, memang tak sah kalau korang tak guna Astro on the Go. Ini kerana Astro on the Go dicipta khusus untuk pengguna gajet yang kerap mengakses internet.

Apa taknya, anda boleh ikuti rancangan keagamaan, program hiburan, siaran perlawanan bola sepak, siaran berita dan klip video lagu-lagu terkini hanya dari skrin smartphone je.

Selain acara-acara yang bersiaran secara langsung, Budiey tengok ada juga video atas permintaan (On Demand) disediakan untuk pengguna.

Berbeza dengan servis TV internet yang lain, Astro on the Go adalah pada rancangan hiburan, liputan sukan secara langsung dan terkini, pendidikan, rancangan berbentuk kekeluargaan serta realiti TV.

Sudah tentu, Astro perlu menyediakan bahan yang sukar untuk didapati di mana-mana media yang lain. Barulah nampak eksklusif dan gempak kan?

Antara koleksi video yang boleh dinikmati menerusi perkhidmatan TV Ulangan akan datang termasuklah filem Melayu terkini, drama bersiri pendidikan tempatan Oh My English, drama-drama Korea seperti The Time We Were Not In Love, Divorce Lawyer, dan Glamorous Temptation serta program Disney seperti Phineas and Ferb dan Art Attack.

Bagi Budiey, apabila ada Astro on the Go sekurang-kurangnya dapat mencerminkan perkembangan secara berterusan Astro sebagai sebahagian dari usaha untuk memanfaatkan inovasi teknologi terkini.

Untuk maklumat lanjut dan melanggan perkhidmatan Astro on the Go, sila kunjungi laman web www.astroonthego.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Duet Yuna Bersama Usher Bakal Dilancarkan, Netizen Teruja Apa Agaknya Tajuk Lagu

Gambar Budieyators di Tayangan STAR WARS: THE FORCE AWAKENS