in ,

Kelantan Bakal Hentikan Agihan Vaksin Sinovac, Ganti Dengan Vaksin Pfizer

Terbaharu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dilaporkan akan menghentikan pengagihan vaksin Sinovac dan digantikan dengan pengagihan vaksin Pfizer ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan.

Menurut kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, pengagihan bekalan vaksin Sinovac di Kelantan akan ditamatkan serta-merta mulai akhir Julai tahun ini.

“Dimaklumkan bahawa pengagihan bekalan vaksin Sinovac kepada Kelantan akan ditamatkan pada akhir Julai ini dan akan digantikan dengan vaksin Pfizer.

“Mulai 18 Julai ini, semua PPV di Kelantan hanya akan dibekal dos suntikan kedua vaksin Sinovac dan tiada lagi bekalan dos pertama bagi vaksin ini selepas tarikh tersebut,” katanya dalam satu notis pemberitahuan yang bertarikh 13 Julai lalu.

Dalam pada itu, Dr Zaini ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan bahawa notis tersebut adalah sahih namun beliau tidak menjelaskan kenapa pengagihan bekalan vaksin Sinovac dihentikan di Kelantan.

“Selepas ini, Kelantan hanya gunakan Pfizer sahaja,” katanya lagi.

Kenyataan beliau tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan mengapa Kelantan menolak vaksin Sinovac dan hanya mahukan vaksin Pfizer.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Malaysia Kongsi Kisah Telus Kejayaan & Perancangan Masa Depan

Jackie Chan Makin Dibenci Setelah Nyatakan Niat Mahu Jadi Anggota Parti Komunis China