in , ,

Kek Klon Muka Ruhainies Jadi Bahan Jenaka Netizen

Bakal menyambut hari lahir yang ke-27 pada Isnin depan iaitu 27 Julai, Jumaat lalu pelakon Ruhainies menerima kejutan awal bersempena hari jadinya.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah kek hari jadi Ruhainies yang diklonkan dipercayai mengikut wajahnya. Kek tersebut ternyata mengundang ketawa netizen apabila usaha untuk mengikut wajah Ruhainies seolah-olah gagaL.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ruhainies menerusi Insta Story, kek  bertatahkan kepala wanita bersolek dengan rambut terurai itu dilihat serba serbi tak kena oleh netizen. Video kek itu juga turut menjadi bualan ramai di laman Twitter.

Kek Klon Muka Ruhainies

Ada segelintir yang tertanya-tanya siapakah yang membuat kek tersebut kerana tiada langsung seperti Ruhinies. Malah, ada yang menyamakan kek tersebut dengan wajah pondan tua.

Meskipun ramai yang mentertawakan kek klon wajah itu, bagaimanapun rata-rata netizen mengagumi Ruhainies yang tetap menghargai kek berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bulan Madu Aiman & Zahirah MacWilson di Langkawi

Video Muzik Bunga Citra Lestari 12 TAHUN TERINDAH Undang Rasa Sebak