in , ,

Kejutan Wawa Zainal Balas Hadiah Kereta Toyota Alphard Untuk Aeril

Wawa dan Aeril saling bertukar hadiah kereta mewah. Wah! Mahal tu, kira-kira dalam RM420,000 jugak la kereta tu. Apa-apa pun, so sweet kalian berdua, mesti ramai setuju kalau kita kasi nominate anugerah couple of the year… iya kan?

Masih ingat lagi, tiga bulan lepas, Aeril Zafrel kasi hadiah kat Wawa Zainal sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz. Semalam, giliran si isteri pelakon Wawa Zainal membuat kejutan pulak dengan menghadiahkan sebuah kereta pelbagai guna MPV Toyota Alphard kepada suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafril.

Wawa memberikan hadiah kereta itu kepada Aeril bagi membalas kejutan yang dibuat suami yang memberi Mercedes Benz C200 sebelum ini.

“Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.

“Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Tahun depan ye sayang,” – IG Wawa

Wah! Dalam IG Wawa, dia kata nak kasi hadiah kereta sport pulak kat Aeril kalau ada rezeki la kan.

Sebelum ni, Aeril ada cakap yang dia nak pakai kereta sport. Tapi Wawa buat kejutan beli hadiahkan kereta lain. Apa-apa pun bersyukur la ya dengan rezeki Tuhan kasi. Sesuailah tu, kereta tu besar boleh muat satu family dengan anak-anak. Kalau kasi kereta sport, ruang terhad. Cukup nak gi jalan-jalan sesorang je.

Menurut Aeril, pemberian Wawa itu tanda penghargaaan buat dirinya yang banyak membantu dalam urusan perniagaan mereka.

“Syukur alhamdulilah, ini satu rezeki. Hadiah ini bukannya bersempena apa-apa pun. Tapi Wawa nak kasi reward diri sendiri dengan menghadiahkan saya kereta.”

Sementara itu, Wawa memberitahu, tahun 2018 merupakan tahun paling bermakna buat dia dan Aeril terutama dalam bidang perniagaan.

“Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat,”

Pada 3 Jun lalu, Aeril membuat kejutan istimewa kepada Wawa apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.

Hadiah itu juga adalah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kapsyen IG Isteri Aliff Syukri Pula Dikecam Netizen

Genting Hong Kong Celebrates Silver Anniversary in 2018