in

Kejutan Menyayat Hati dalam Video Muzik CINTA TAKKAN BERAKHIR

Semalam, Budiey berkesempatan untuk menonton muzik terbaru CINTA TAKKAN BERAKHIR dari Anuar Zain. Apa yang boleh Budiey katakan, muzik video ini adalah kesimabungan dari kisah drama kehidupan yang cukup menyayat hari dari muzik video lagu ANDAINYA TAKDIR. Sekali lagi, Anuar Zain membawa peminat merasai peritnya apabila dilanda perpisahan dan ditinggalkan. Budiey memuji lakonan terbaik dari Sharifah Sakinah dan Anuar Zain yang berjaya membuatkan Budiey menitiskan airmata. Korang dapat menonton muzik video CINTA TAKKAN BERAKHIR di saluran Youtube Anuar Zain Vivo pada 26 Januari ini mulai jam 11 pagi.

Anuar Zain masih mempertimbangkan tawaran daripada beberapa syarikat produksi yang mahu menjadikan video muzik single baharunya, Andainya Takdir, sebagai drama.

Katanya, sebaik saja video muzik yang mempunyai plot kisah keluarga itu dipertontonkan menerusi YouTube, Disember tahun lalu, pihaknya menerima maklum balas memberangsangkan termasuk daripada penerbit drama.

“Klip video Andainya Takdir direalisasikan antara matlamatnya adalah mempromosikan album yang dihasilkan selepas lima tahun tanpa produk baharu.

“Kronologi kisahnya memang menyentuh kalbu dan tentu saja saya terkejut apabila bukan hanya peminat yang tertunggu-tunggu sambungan klip berkenaan, malah ada pihak yang berminat untuk mengangkatnya ke kaca TV.

“Apapun, segala-galanya masih awal untuk diperkatakan kerana kini Anuar Zain Network Sdn Bhd tampil pula dengan klip kedua, Cinta Takkan Berakhir,” katanya mengenai video muzik itu yang mendapat sentuhan pengarah drama popular, Amor Rizan.

Penghibur berusia 46 tahun itu berkata demikian pada sidang media promosi bergerak album Anuar Zain 2017 dan pelancaran video muzik Cinta Takkan Berakhir di sini hari ini.

Selain dua single terbabit, album yang diberi judul Anuar Zain itu turut memuatkan enam dendangan lain iaitu Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Kembali Padamu Ilahi, Selamat Malam dan Hujan.

Diminta mengulas kemungkinan dirinya bakal kembali berlakon selepas filem Bintang Hati pada 2004, katanya, ia bergantung kepada keadaan dan keperluan.

“Jiwa saya bukan pada lakonan, tetapi untuk klip video sendiri, saya tiada masalah melakukannya. Cuma, andai ada pihak mahu saya berlakon selepas membuat percubaan dalam filem Soal Hati disusuli Bintang Hati, nampaknya ia perlu difikirkan secara mendalam,” ulasnya lagi.

Sementara itu, persediaan penyanyi berkenaan kini terarah kepada Konsert Anuar Zain & You yang bakal berlangsung di Panggung Anniversari, Sabtu ini.

“Sudah pasti saya tidak sabar untuk bertemu peminat, apatah lagi konsert ini umpama mengimbas semula kegemilangan panggung yang suatu ketika dulu menjadi lokasi persembahan mega ramai nama besar,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Lebih Teruja Anjurkan Album Tour 2017

Drama ALIM-ALIM KUCING Lakonan Fezrul Khan