in

Sambut Ramadhan dan Syawal dengan Kejutan Manis WOW

CJ WOW SHOP menggandakan rangkaian Aidilfitri dengan pelbagai jenama baharu kegemaran rakyat Malaysia serta menawarkan ganjaran percutian ke Turki kepada pelanggan dengan pembelian tertinggi

Persediaan Ramadhan dan Aidilfitri anda akan menjadi lebih mengujakan dengan CJ WOW SHOP. Rangkaian beli-belah di rumah yang paling terkemuka Malaysia, akan menggandakan rangkaian produk yang ditawarkan sempena Syawal ini! Lebih 70 produk baharu akan ditawarkan melalui program siaran harian CJ WOW SHOP bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018.

Photo 1 - Ramadhan Raya Bersama WOW

Program ini yang disiarkan di TV9 pada pukul 10 pagi dan 11 pagi akan memaparkan satu rangkaian produk unik yang menyasarkan kepada keperluan para pengguna sempena Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Pusat beli-belah sehenti ini akan menawarkan para pelanggan dengan satu rangkaian koleksi produk dari pelbagai segmen yang merangkumi Peralatan Dapur, Fesyen & Kecantikan, Kelengkapan Rumah & Hiasan Dalaman, serta rangkaian khas Gaya Hidup & Hiburan bagi perjalanan ‘Balik Kampung’ mereka. Rangkaian koleksi ini terdiri daripada koleksi-koleksi kegemaran rakyat Malaysia yang sedia ada dan baharu, termasuklah Al-Mukarramah oleh Haqqi Muslim Wear, Ariani X WOW Muslimah Fashion, Mugen Tornado Hybrid Gas Cooker, Classe Raya Carpet dan sebagainya demi menceriakan lagi Aidilfitri anda.

Mulakan Ramadhan WOW dengan ‘Cun Meletop’

Dalam mengalu-alukan bulan suci Ramadhan minggu hadapan, CJ WOW SHOP menyajikan penonton dengan program siaran langsung fesyen yang dinamakan “Cun Meletop” pada 14 Mei. Disiarkan dari 8.30 pagi sehingga 5 petang, promosi ini akan menyerlahkan tawaran hebat pakaian Muslim dan Muslimah terbaru seperti telekung, tudung, jubah, baju kurung dan kurta dari pelbagai jenama tempatan yang terkenal.

Photo 2 - Cun Meletup

‘Cuti Raya WOW’ Memberi Ganjaran Kepada Pelanggan dengan Pembelian Tertinggi

Bagi menjadikan Aidilfitri ini lebih bermakna buat pelanggan dan orang tersayang mereka, CJ WOW SHOP juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membuat pembelian tertinggi dengan satu percutian hebat bernilai lebih RM28,000 bagi setiap keluarga. Hanya 2 pemenang akan dipilih untuk pakej percutian ‘9 Hari 7 Malam’ ini.

Bagi menyertai ‘Cuti Raya WOW’, pelanggan hanya perlu mengikuti peraturan-peraturan mudah berikut:
• Mengumpul satu entri bagi setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018.
• Mengumpul jumlah entri tertinggi dengan membuat pembelian sehingga tempoh promosi tamat.

Para pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca televisyen dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

PROGRAM SIARAN LANGSUNG RAMADHAN & RAYA CJ WOW SHOP  DI TV9

TARIKH PROGRAM
11 – 13 Mei Minggu Masak-Masak (Cooking & Kitchenware)
14 – 20 Mei Minggu Va-Va-Vaoom (Fashion & Beauty)
21 – 27 Mei Minggu Rumah Tip Top (Household & Interior)
28 Mei – 3 Jun Minggu Jalan Jalan (Lifestyle & Leisure)
4 – 10 Jun Minggu Rembat Cepat (Last Chance Deal)
18 – 24 Jun Minggu Melaram Sakan (Fashion Clearance)

 

CJ WOW SHOP Channels

TV3 Setiap Isnin – Ahad:

Setiap Isnin:

: 0600 – 0700 (60min)

: 1300 – 1330 (30min) The WOW Show

ntv7 Setiap Sat – Ahad:

Setiap Sat – Ahad:

: 0600 – 0700 (60min)

: 1030 – 1330 (180min)

  Setiap Isnin – Jumaat: : 1030 – 1430 (240min)
  Setiap Isnin – Ahad: : 2400 – 0100 (60min)
8TV

(Program Bahasa Mandarin)

Setiap Isnin – Jumaat:

Setiap Sat – Ahad:

: 0600 – 0930 (210min)

: 0600 – 0900 (180min)

TV9 Slot tambahan Ramadhan (17 Mei – 13 Jun 2018)
  Setiap hari 0500 – 0600 (60min)
  Setiap Isnin – Khamis

 

Setiap Isnin – Jumaat

Setiap Khamis

: 0830 – 1300 (270min)

: 1330 – 1700 (210min)

: 2300 – 0100 (120min)

: 1000 – 1100 (60 min) The WOW Show

  Setiap Jumaat : 0830 – 1700 (510min)
  Setiap Sabtu – Ahad

 

: 0830 – 1800 (540min)

: 2400 – 0100 (60min)

Satu saluran beli-belah di rumah yang disiarkan 24 jam setiap hari di TV digital, platform MYTV.

 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selipar Bata Tiba-Tiba Trending & Laris Selepas Dipakai Tun M

Hafiz Hamidun Menang Saman Kamdar