in , ,

Betul Ke Ada Kejutan Konsert Agnes Monica Live in KL Malam Ini

Hari ini (23 Jun 2007) akan berlangsung Agnes Monica Concert Live in Kuala Lumpur di Stadium Negara. Agak-agak ramaikah peminat Agnes Monica yang akan hadir? Memandang ini pertama kali Agnes Monica yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika dan lagu Bilang Saja ini buat mega showmanship di KL, saya kira ramai peminat yang tidak mahu melepaskan peluang. Sebenarnya, dah banyak kali konsert Agnes Monica dirancang tapi selalu gagal. Kenapa ya?

Agnes monica konsert

Agnes akan memilih lagu-lagu yang ngetop dari dua albumnya iaitu  And The Story Goes… pada 2003 dan  Whaddup A! Saya kira masih tidak cukup dengan 2 lagu yang popular itu, nampaknya Agnes juga akan menyanyikan beberapa buah lagu dari penyanyi Malaysia. Ini mungkin satu kejutan buat peminat. Agnes boleh menari dengan lincah dan vokal lantang. Pernah mendapat tawaran untuk merakam album di USA tetapi ditolak palajar yang selalu mendapat CGPA purata 3.5 ini  atas alasan tidak mahu terburu-buru.

Info Agnes Monica Live In Kuala Lumpur:

Harga Tiket: RM35, RM55, RM85, RM115, RM135 dan RM155.
Lokasi jualan: Ibu pejabat Axcess, Jalan Semangat, Petaling Jaya; Pusat Beli Belah 1-Utama; Stadium Putra Box Office; Rock Corner, Mid Valley; Tower Records, KLCC dan Lot 10; The Actors Studio, Bangsar dan rangkaian Music Valley di Midlands Park, Pulau Pinang, Greentown, Ipoh dan Holiday Plaza, Johor Bahru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Ingin Ku Miliki – Dayang Nurfaizah 2007

Sekitar Readers ToGether Gather Ke-3, Menonton Filem WARIS JARI HANTU