in ,

Keith Foo Nafi Rumahtangga dengan Kim Raymond Goyah

Pelakon terkenal, Keith Foo, 36, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai hubungan rumah tangganya dengan isteri, Kim Raymond yang dikatakan goyah.

Keith Foo

Keith Foo ketika dihubungi oleh wartawan Harian Metro telah berkata, isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan masyarakat.

“Apa yang boleh saya katakan, hal rumah tangga adalah sesuatu bersifat peribadi. Buat masa sekarang, hubungan kami baik saja.

“Kami sibuk dengan hal masing-masing, namun tetap memberikan fokus 100 peratus kepada anak,”

– Keith Foo

Ditanya lagi sama ada timbul isu yang menggoncang keharmonian rumah tangganya, bintang drama Dia Isteri Luar Biasa itu berkata, setiap hubungan tentunya akan ada masalah.

Keith Foo sebagai Tengku Adam

“Biasalah, kalau dalam apa juga hubungan pun tidak kiralah perkahwinan atau percintaan, ada naik dan turunnya.

“Setiap masalah yang timbul dalam sesuatu hubungan ini juga tentunya akan ada penyelesaiannya,”

– Keith Foo

Diminta mengulas mengenai komen warganet yang rata-rata membuat spekulasi kononnya dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isteri, Keith memilih untuk membiarkan saja tindakan mereka.

“Biarkan saja kepada mereka untuk bercakap apa pun. Kadang-kadang, warganet ini bertindak seperti mereka tahu semuanya yang berlaku.

“Selagi komen dan spekulasi mereka tidak merugikan saya, saya okey. Sekurang-kurangnya, mereka ada sesuatu yang diperdebatkan,”

– Keith Foo

Keith dan Kim berkahwin pada 30 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.

Sumber: Harian Metro

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fasha Sandha

Fasha Sandha & Aidil Aziz Jemput 5,000 Tetamu di Majlis Resepsi

Sufian Suhaimi

Aksi Lawak Syuk & Sufian Suhaimi di BBB 2019 Trending di Youtube