Di balik setiap suara yang menggamatkan konti radio, ada sebuah kisah peribadi yang jarang sekali didengar. Ramai kenal DJ Sonic – nama sebenar Awang Suffian Awang Hussein – sebagai insan yang tak pernah gagal menceriakan suasana. Tetapi siapa sangka, di sebalik tawa itu, Sonic pernah tenggelam dalam kegelapan yang sangat perit – kehilangan seorang ayah yang menjadi tunjang hidupnya.
Detik Hitam Kehilangan, Luka Yang Tak Sembuh Dalam Sehari
Pada 29 Februari tahun lalu, ayah tercinta DJ Sonic, Awang Hussin Awang Jinal, menghembuskan nafas terakhir akibat masalah dalaman perut. Saat itu, Sonic berada di Kuala Lumpur, terikat dengan kerja selepas menjaga ayahnya seminggu di hospital.
Bila diberitahu ayah dah stabil dan dibenarkan pulang, hati jadi lega. Tapi, semuanya berubah sekelip mata. Tak lama selepas itu, beliau dapat panggilan yang ayah masuk semula ke hospital. Sonic segera tempah tiket balik ke Kapit, Sarawak.
Tapi, takdir lebih awal mendahului. Saat pesawat mendarat di Sibu, mesej takziah mula memenuhi telefon. Air mata jatuh tanpa dipinta, perjalanan tiga jam ke Kapit terasa paling sunyi dalam hidup.
“Waktu tu saya tak bercakap langsung dalam kereta. Saya cuma menangis. Tapi saya bersyukur kerana saya sempat sampai untuk mandikan jenazah ayah sendiri. Saya sempat peluk dia buat kali terakhir,”
– DJ Sonic
Tidak Mampu Sembunyikan Kesedihan, DJ Sonic Pilih Untuk Menyepi
Dua minggu selepas pemergian ayah, DJ Sonic pilih untuk tidak bersiaran di radio. “On air perlukan emosi yang stabil. Kita kena gembirakan pendengar. Tapi masa tu, saya sendiri pun tak gembira. Saya masih menangis, saya masih rindu,” katanya jujur. Kesedihan tanpa noktah akhirnya mula menyerang kesihatan mental. Menjelang Jun dan Julai 2024, beliau alami kemurungan dan anxiety yang sangat serius. Berat badan susut mendadak, hilang selera hidup dan terpaksa cuti bekerja selama sebulan.
Proses Pemulihan: Bila Kehidupan Diuji, Siapa Yang Ada Di Sisi?
DJ Sonic pulang ke Kuching, di bawah jagaan adik untuk memulakan proses healing. Tapi, healing ini bukan benda magik yang berlaku sehari dua. Hanya selepas setahun, barulah dia benar-benar berani lepaskan semua yang terbuku.
Pada 3 Ogos lalu, satu sesi terapi bersama Dr Hisham Dzakiria menjadi turning point. “Saya terlalu sibuk dengan kerja. Saya jarang telefon, jarang bertanya khabar. Bila dah tak ada, baru saya rasa betapa besarnya kehilangan tu,” ujar Sonic sebak. Dalam sesi itu, buat kali pertama Sonic luahkan segalanya. Air mata tak tertahan sepanjang satu jam. Rasa rindu, rasa bersalah, semua bercampur-baur.
Kisah Healing Bersama Dr Hisham: Dari Rasa Bersalah Ke Penghargaan
Dr Hisham bantu Sonic untuk melihat semula kesedihan dengan sudut yang lebih positif. “Tak salah untuk menangis, kerana itu tanda kasih yang dalam. Tetapi sebagai anak, Sonic harus bangga sebab setiap lagu yang diputarkan, setiap suara di konti adalah dedikasi untuk ayah,” kata Dr Hisham memberi perspektif baru.
Sonic mengaku, “Saya pernah cuba putar lagu kegemaran arwah masa on air, tapi saya terus menangis. Saya belum kuat. Tapi bila doktor kata, lagu tu bukan kenangan sedih, tapi satu penghormatan, saya mula ubah fikiran. Sekarang saya cuba redha dan bersyukur kerana pernah ada ayah sebaik itu.”
Bangkit Semula: Healing Adalah Perjalanan, Bukan Destinasi
Walaupun masih dalam rawatan anxiety, kini DJ Sonic melangkah hari demi hari dengan jiwa yang lebih stabil. Dia percaya, healing itu bukan sesuatu yang magik, bukan sekadar “jadi kuat semula”, tapi sebuah perjalanan panjang. Dalam setiap langkah, kenangan dan bayangan arwah ayah akan sentiasa menjadi cahaya dan kekuatan.
Apa Kata Budiey?
Budiey percaya kisah DJ Sonic ini sebenarnya dekat dengan ramai di luar sana yang pernah kehilangan insan tercinta. Dalam dunia serba pantas hari ini, ramai yang terlalu sibuk hingga terlupa nak bertanya khabar. Kehilangan memang pedih, dan healing tak akan berlaku sehari dua. Tapi, kisah Sonic membuktikan bahawa setiap air mata yang jatuh itu ada nilainya – dan satu hari nanti, kita akan belajar untuk berdamai dengan luka.
Budiey sarankan, siapa saja yang sedang lalui fasa kehilangan atau kemurungan, jangan segan cari bantuan. Sesi terapi, luahan kepada pakar, atau hanya sekadar menangis di bahu orang yang kita sayang – itu semua bukan tanda lemah, tapi tanda berani untuk sembuh.
Dan untuk DJ Sonic, Budiey ucapkan tahniah kerana memilih untuk terus melangkah walaupun perit. Semoga kisah ini beri inspirasi pada semua untuk sentiasa menghargai insan yang masih ada dan belajar redha bila mereka sudah tiada. Kadang-kadang, kekuatan sebenar itu datang selepas kita berani hadap yang paling sakit.