in ,

Kedai Produk Apple Machines Mid Valley Ditutup, Sahkan Seorang Staf Positif COVID-19

Terkini, penjual produk Apple di Malaysia, Machines telah mengesahkan bahawa seorang daripada pekerjanya di cawangan Mid Valley telah diuji positif.

GAMBAR HIASAN

Menurut Machines, pekerja itu sudah tidak ke tempat kerja sejak 8 Oktober lepas. Pada 10 Oktober, Machines telah dimaklumkan oleh pekerja tersebut bahawa tindakan kuarantin kendiri dan ujian telah mula dijalankan. Hal ini berikutan terdapat kes positif COVID-19 di blok tempat tinggalnya. 

Kedai Produk Apple Machines Mid Valley

Pihak Machines bekerjasama rapat dengan KKM untuk mengenal pasti kontak, bertujuan untuk ujian dan kuarantin. Cawangan Machines di Mid Valley kini ditutup sementara untuk proses pembersihan dan sanitasi sehingga notis selanjutnya.

Untuk itu, Machines menyeru orang ramai untuk mematuhi langkah SOP yang disediakan oleh KKM untuk mencegah penularan COVID-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blackpink 2020 | 23

Album BLACKPINK Catat Sejarah No. 2 Paling Laris Di Billboard AS

Tim Cook | 24

iPhone 12 Dilengkapi Hayat Bateri Lebih Lama, Zum Lebih Baik, Tapi Tiada 120Hz