in ,

Kecoh! Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

AKTOR berbadan sasa, Zul Ariffin sekali lagi terpalit dengan kontroversi ‘panas’ gara-gara foto menampakkan alat sulit lelaki yang dimuat naik menerusi Instory milik pelakon berkenaan.

Memetik beberapa sumber portal hiburan, perkara tersebut mula menjadi bualan hangat selepas salah seorang pengguna Twitter berkongsi screenshot daripada Instory milik Zul pada jam 8 malam tadi.

Zul Ariffin

Difahamkan, foto berkenaan telah dipadam dua minit kemudian dan rata-rata netizen terkejut dengan perkara tersebut selain meluahkan rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, kekecohan tersebut mula terlerai apabila kelab peminat pelakon berkenaan tampil menjelaskan keadaan sebenar di sebalik berlakunya perkara berkaitan.

Zul Ariffin

Pentadbir kelab tersebut menegaskan bahawa akaun berkenaan sebenarnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan imej aktor tersebut.

Zul Ariffin

“Hai semua, akaun bos (Zul) digodam, awal malam tadi. Dia sudah membuang foto terbabit dan semuanya dalam kawalan.

“Kami memohon maaf jika entri berkenaan menyinggung perasaan anda.Bos akan ambil tindakan sekiranya ia berulang kembali,” ujarnya.

Namun, sehingga kini Zul masih belum beri sebarang kenyataan berhubung kontroversi panas ini. Tak apa, sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi daripada mulut tuan empunya badan sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top 12 Finalis Pencarian Wanita Melayu 2018

Reaksi Wanita Terhadap Foto Kontroversi ‘Anu’ Zul Ariffin