in , ,

Katy Perry Kini Bergelar Ibu, Nama Bayi Gabungan Flora & Fauna

Berita yang dinanti-nantikan oleh Katy Perry dan Orlando Bloom, akhirnya mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Dilaporkan dari People, kelahiran anak perempuan Katy Perry dan Orlando Bloom diumumkan melalui akaun media sosial UNICEF. Seperti diketahui, pasangan ini adalah Goodwill Ambassadors dari lembaga di bawah naungan PBB tersebut.

Katy Perry Kini Bergelar Ibu, Nama Bayi Gabungan Flora & Fauna

Melalui akaun Twitter dan Instagram UNICEF, gambar hitam putih puteri Katy Perry yang memegang tangan ayahnya dimuat naik. Sementara itu, tangan penyanyi “Roar” menggenggam jari-jari si buah hati.

Katy Perry Kini Bergelar Ibu, Nama Bayi Gabungan Flora & Fauna

Daisy Dove Bloom

Juga didedahkan nama bayi, yang merupakan gabungan nama flora dan fauna. Iaitu Daisy Dove Bloom. Dengan penambahan nama belakang ayahnya, yang bermaksud mekar, nama ini menjadi lebih bermakna.

Sebelum ini, Katy Perry menyembunyikan kehamilannya. Namun, khabar angin bahawa penyanyi berusia 35 tahun itu hamil akhirnya terbongkar.

Katy Perry memaklumkan dia hamil ketika dia mengeluarkan video muzik untuk “Never Worn White” pada bulan Mac tahun ini. Pada waktu itu, dia muncul dengan perut yang sudah sedikit membesar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Beri Pendapat Tentang Lagu Dynamite, Tiz Zaqyah Diserang BTS ARMY!

Ini Sebab Alvin Chong Pilih Judul Single SAYANGKU SALMAH