in ,

Kata Hati Lana Nordin Dalam Slot Widuri Di TV1

Gandingan pelakon Josiah Hogan sebagai Omar, Raja Ilya melakonkan watak Rina dan Lana Nordin sebagai Maria yang berdepan dengan situasi cinta tiga segi melatari drama bersiri terbaharu bertajuk “Kata Hati” bakal bersiaran di TV1.

Itu antara tarikan mengisi slot Widuri hiburan hujung minggu mulai 17 Januari depan, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 petang di RTM, drama menarik 13 episod ini turut dibintangi oleh Syed Ali, Kenchana, Jalaluddin Hassan, Raja Ema, Lydiawati, Rahim Jailani, dan Norman Hakim.

KATA HATI DI TV1

Kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak Rina, seorang gadis yang cerewet dan tegas dalam kerjayanya sebagai pemilik butik pengantin dan belum bertemu jodoh.

Beliau dibantu oleh rakan baiknya bernama Dewi. Pada masa sama ibubapanya sibuk mencari calon yang sesuai untuk Rina. Rina yang juga meminati sukan lasak memanjat gunung tidak memperdulikan hasrat ibubapanya.

Suatu hari Rina kemalangan semasa sedang menyediakan barbeku untuk makan malam mereka. Mata Rina tercedera dan terpaksa menunggu 2 bulan untuk pulih.

Bapanya mendapatkan khidmat orang gaji untuk menjaga Rina tetapi semuanya berhenti tidak tahan dengan perangai Rina sehinggakan Omar datang untuk menjaga Rina setelah terbaca iklan yang dibuat oleh ayah Rina.

Omar sebenarnya tidak sangka gadis yang ingin dikenalinya semasa bertemu ketika memanjat gunung ialah Rina. Omar sabar dengan perangai Rina dan bila Rina sembuh Omar menghilangkan diri.

Rina mendapat tahu siapa Omar tetapi Rina cemburukan Maria yang rapat dengan Omar. Ibubapa Rina dan Omar ingin menjodohkan mereka tetapi kecoh dihari pertunangan apabila Rina menuduh keluarga mereka menipu dan merancang segalanya.

Setelah dipujuk oleh Dewi, Rina akur dan pertunangan diteruskan. Maria terus menjadi batu api dan Rina makin cemburu dan memutuskan pertunangan.

Walaubagaimanapun Rina dan Omar masih menyintai satu sama lain dan akhirnya Rina berpakat dengan Zek kawan lamanya untuk membuatkan Omar cemburu. Lalu apakah kesudahan kisah cinta mereka? Masihkah ada peluang kedua untuk keduanya memperbetulkan keadaan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kajian Cukai Hiburan & Kesan Kepada Industri Filem

Mayat Mangsa Pesawat AirAsia Indonesia Dikenalpasti