in , ,

Kat Roshan Lancar Karya Going Crazy Wild Dicipta Penerbit Tersohor Korea

Kat Roshan mungkin nama yang agak baharu buat beberapa orang, tapi bagi mereka yang pernah mendengar karyanya di radio dan wadah digital lain, mungkin sudah tahu bahawa Kat merupakan seorang bintang vokal Malaysia yang bakal menyinar.

Dilahirkan dengan nama Katrina Cheng Binti Roshan, penyanyi dan pencipta lagu muda ini merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur, berdarah kacukan Melayu-Cina dengan ayah yang berbangsa Melayu dan ibu yang berketurunan Cina.

Kat Roshan Lancar Karya Going Crazy Wild Dicipta Penerbit Tersohor Korea

Meminati muzik sejak kecil, bakatnya dikesan oleh guru biolanya yang mendapati Kat mempunyai pic suara yang sempurna. Memulakan pengajian piano seawal usia lima tahun di bawah didikan teman ibunya, Serena Yee, Kat kemudian mempelajari seni gitar berkat didikan guru matematiknya Stephen Kimber serta pengurusnya dalam pembangunan bakat serta kerjaya awalnya.

Kat Roshan Lancar Karya Going Crazy Wild Dicipta Penerbit Tersohor Korea

Sejajar dengan kemajuan muziknya, bintang ini baru sahaja melancarkan karya terbaharunya yang berjudul ‘Going Crazy Wild’. Dicipta dan diterbitkan oleh penerbit tersohor dari Korea Selatan Jeong Wook ‘James’ Park, bersama Jun Il Kim serta Chan Hee Jung, lagu berentak tarian itu turut menampilkan pembabitan Kat sendiri sebagai penulis lirik bersama dengan bintang hiphop Korea Su Jin, yang memberikan persembahan rap luar biasa! 

Seawal usia 15 tahun Kat telah diperkenalkan kepada tokoh muzik Ong Peng Chu, yang kemudian membimbingnya sejak 2018.

Kim Su Jin merupakan artis di bawah naungan label MOT milik Park Jeong Wook dan terkenal dalam dunia hip hop Korea.

“Semasa bertemu Kat pada pertama kali, orangnya memang kelihatan jelas seperti seorang pencinta muzik. Namun, selepas sesi rakaman, saya mendapati dia mempunyai pic sempurna dan sangta serius tentang muzik. Saya dapat rasai cinta sejatinya terhadap seni ini.

Selepas mendengar rakaman akhir dengan selingan alat muzik yang sempurna berserta alunan suara merdu Kat, saya dapati dia mempunyai potensi yang besar sebagai seorang artis.

Dari awal projek album ini sehingga sekarang, tanpa mengira genre muzik, kami sudah berkongsi banyak kisah tentang muzik dari seluruh dunia. Malah, ia membuat minat saya untuk berkembang di peringkat global dengan lebih meluas.

Kat Roshan Lancar Karya Going Crazy Wild Dicipta Penerbit Tersohor Korea

Saya harap dapat menggabungkan saripati K-pop dengan suara Kat dan terus bekerjasama dengannya yang bukan sahaja dikenali di Malaysia tapi juga di persada dunia,” jelas Su Jin.

Park Jeong Wook turut mengakui kebolehan artisnya Su Jin untuk projek ini.

“Su Jin seorang artis yang unik. Sebagai seorang penyanyi rap dan vokalis asli yang menggabungkan muzik tradisional ‘Trot’ Korea dengan Rap, dia boleh dianggap sebagai seorang ‘Troper’ (gabungan trot dan rap) yang unik. Kemampuannya menggabungkan kedua-dua unsur gaya muzik itu dalam seninya pasti membuat persembahannya lebih menarik dan menakjubkan,” ujar Kat.

Going Crazy Wild kini boleh didiapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan Youtube Music, sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harris Baba Membawakan Konsert Armada Band Janji Bahagia di Kota Kinabalu 

REYZAL

Anak Awie Wing di Tiktok, Reyzal Yazmi Lancar Single Berjudul ‘Mata’