in ,

KASANOVA XXL DRAMA SIZE DOES MATTER

SAIZ BADAN MENJADI UKURAN?
“KASANOVA XXL” TEMUI PENONTON TV3

‘Size does matter…!’ Bagi sesetengah orang saiz badan memang menjadi hal yang amat dititik-beratkan. Ada yang sanggup ‘ikat perut’ untuk mendapatkan bentuk dan saiz badan yang menarik. Bentuk dan saiz badan juga memainkan peranan dalam kehidupan seharian seseorang. Ia juga mempengaruhi keyakinan seseorang. Sesetengah orang merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan dengan bentuk dan saiz badan mereka. Oleh itu mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup memperdayakan orang lain kerana malu dengan bentuk dan saiz badan sendiri. Itulah yang terjadi kepada Ozi, seorang lelaki yang bersaiz besar dalam drama bersiri “Kasanova XXL” yang bakal menemui penonton TV3 tidak lama lagi.

3155070262 B70D30E051 | 4

3155070612 3481E43Ab2 O | 5

3154232725 467F2E9250 O | 6

“Kasanova XXL” bakal menemui penonton setiap Selasa, jam 11.00malam mulai 13 Januari 2009 menggantikan siri “Dendam”. Drama bersiri 13 episod ini merupakan hasil buah tangan dari Dato’ Shuhaimi Baba selaku penerbit dari Pesona Pictures Sdn. Bhd. Skrip siri ini ditulis oleh Niba dan telah digarap sempurna oleh pengarahnya, Ibrahim Elias. Kedua-dua Niba dan Ibrahim pernah menulis skrip dan mengarah untuk siri seram ‘Pontianak’. Kali ini mereka berganding bahu sekali lagi dalam siri yang berbeza genrenya iaitu komedi romantik pula. Drama ini mengetengahkan tema kasih sayang dan cinta yang tidak mengenal sempadan untuk menerima seseorang itu seadanya.

Siri ini menampilkan pelakon baru Shaheizy Sam yang membawa watak Ozi (Osman Halim), seorang pemuda berbadan gemuk yang gemar berbual di laman internet dengan menggunakan nama samaran ‘Wira Internet’. Dia mempunyai seorang abang bernama Aman yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli. Emelda Rosmila juga turut membintangi siri ini dengan memegang watak sebagai Larra Sue yang sering berbual dengan Ozi di laman internet dengan menggunakan nama samaran ‘Merpati Blu’. Siri ini juga turut dibintangi oleh Nanu Baharuddin yang membawa watak Kiki, kekasih Aman yang berusaha menolong Ozi menurunkan berat badan. Tidak ketinggalan, Nadia Mustafa yang membawa watak Mila Vanilla, gadis yang menggilai ‘Wira Internet’ dan menyangkakan Amanlah orangnya.  

Siri ini berkisarkan mengenai Ozi, seorang pemuda yang mempunyai berat badan 350 paun dan malas berdiet tapi bijak. Tanpa pengetahuan abangnya, Aman, dia telah mengguna gambar  abangnya, Aman sebagai mewakili dirinya di Internet. Bila ada gadis internet yang mahu berjumpa dengannya, dia akan terus memutuskannya. Ini telah menimbulkan berbagai masalah kepadanya dan juga abangnya. Aman juga bergaduh dengan teman wanitanya, Kiki, apabila seorang gadis internet bernama Milla Vanilla menyangka Aman adalah Ozi. Ozi yang menggunakan nama samaran ‘Wira Internet’ gemar berbual dengan Larra yang dikenali sebagai ‘Merpati Blu’ lalu jatuh cinta padanya. Apabila identiti sebenarnya terbongkar, Larra mula bertindak menjauhkan diri darinya. Dengan itu, Ozi berazam untuk menurunkan berat badan dan memenangi semula hati Larra. Dengan bantuan abangnya Aman dan kekasihnya, Kiki, mereka memulakan misi menguruskan badan Ozi dengan slogan ‘Mikuzi – Misi Kuruskan Ozi’. Berjayakah mereka dengan misi tersebut dan dapatkah Ozi menambat semula hati Larra?

Untuk kesudahannya, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan siri ini mulai 13 Januari 2009, setiap Selasa, jam 11.00 malam hanya di TV3!

3154231809 Fbd92C92De | 7

3155070002 4Cd193047F | 8

3154232171 1F67E5Ff50 | 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photo Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot Baby Boy Sleeping

Photo Liza Hanim Pregnant