in ,

Karnival Ragbi Terbesar Kembali Gegarkan Peminat di Johor

Kira-kira sebulan lagi menjelang Piala Dunia Ragbi, Jepun2019, para peminat ragbi di selatan tanah airdan seluruh negaraakan dihidangkan dengan aksi-aksi menarik di Karnival Ragbi Johor 2019 yang akan berlangsung dari 24 hingga 25 Ogos di Kompleks Sukan EduCity.

Memasuki edisi yang ke-10, Kesatuan Ragbi Johor yang bertindak selaku penganjur turut mendapat sokongan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Kesatuan Ragbi Malaysia dan Majlis Perbandaran Iskandar Puteri bagi menjadikan karnival yang mula dianjurkan sejak tahun 2009 ini terus menjadi pentas untuk mempromosi dan menyokong pembangunan ragbikhususnyadi Johor.

Untuk edisi tahun ini, tiga kategori lelaki akan diperkenalkan mengikut peringkat umuriaitu – Piala Iskandar Investment Bhd (bawah-16), Piala Datuk Bandar MBIP (bawah-14) dan Piala Milo (bawah-11) sementara untuk kategori perempuan pula, mereka akan bertarung untuk Piala Iskandar Investment Bhd (bawah-16).

Antara pasukan yang bakal berentap di Karnival Ragbi Johor 2019 adalah Sekolah Sukan Negeri Tun Hussein Onn (Johor), SMK Sains Hulu Selangor (Selangor), KL Saracens (Selangor), Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Sri Mersing (Johor), Akademi Ragbi Terengganu (Terengganu), Maktab Tentera Diraja (KL), SMK Sains Selangor (KL) dan Akademi Ragbi Selangor (Selangor). 

Sementara itu, Kejohanan Ragbi 7s Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) akan turut dijalankan bermula pada 22 hingga 25 Ogos di venue yang sama.

Presiden Kesatuan Ragbi Johor, Dato’ Hj Noorazam bin Dato’ Hj Osman sangat teruja menyaksikan karnival ini berkembang dari sebuah kejohanan dalam negara sehingga menjadi satu kejohanan bertaraf antarabangsa.

Beliau juga turut menegaskan kepentingan penganjuran kejohanan seperti ini untuk perkembangan sukan ragbi untuk negara ini.

 “Karnival ragbi ini adalah yang terbesar di Malaysia dan ia akan membantu dari segi pembangunan sukan ragbi di negara kita.

Sekiranya kita ingin berjaya di peringkat antarabangsa, kita amat memerlukan kelompok pemain yang besar untuk kita melatih mereka.

Jadi, kejohanan seperti ini adalah amat sesuai untuk mereka mempamerkan bakat yang dimiliki dan ianya tidak mustahil untuk kita melahirkan pemain-pemain yang berkualiti kelak.”

– Noorazam
ragbi

“Karnival ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri khususnya buat negeri Johor dan merupakan salah satu langkah untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sukacitanya kami amat berbesar hati untuk menyokong aktiviti seumpanya di Malaysia.”

– Noorazam

Sukan ragbi di Johor sedang rancak membangun khususnya di peringkat akar umbi apabila pasukan bawah-18 tahun mereka berjaya mengekalkan kejuaraan pertandingan ragbi peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) buat tahun yang kedua.

Bagi memeriahkan lagi Karnival Ragbi Johor 2019, bekas kapten pasukan ragbi 7s All Blacks, Rodney So’oialo akan membuat penampilan istimewa di sekitar negeri Johor dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman luasnya khususnya kepada para peminat sukan ragbi.

So’oialo yang pernah membuat pernampilan sebanyak 62 kali bersama pasukan New Zealand akan meluangkan masa bersama dengan pasukan-pasukan yang bertanding selain sesi ramah mesra dan klinik kejurulatihan untuk pasukan ragbi negeri Johor sebagai persiapan menjelang SUKMA 2020, Piala Agong dan MSSM.

Karnival Ragbi Johor 2019 juga turut mendapat sokongan daripada Iskandar Investment Berhad, Ranhill SAJ, Nestle-MILO, Johor Corporation (JCORP), Sports Johor Sdn Bhd, ATF Sport Taping, Educity Berhad, KPJ Healthcare (M) Sdn Bhd dan RuggerDistrict.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menu Bersantai di Tepi Laut, Istimewa Dalam BACKYARD GRILL

Jom #MakanMakanMalaysia bersama Grab pada Hari Malaysia