in ,

Karnival Jom Heboh di MITC Ayer Keroh Melaka

Karnival Jom Heboh kembali! Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10, karnival terbesar ini merupakan satu landasan untuk berinteraksi dengan penonton setia TV3 dengan cara lebih dekat dan terbuka sambil untuk turut serta dalam permainan-permainan dan pertandingan yang dianjurkan di setiap gerai. Ianya juga menemukan peminat-peminat serta orang ramai dengan personaliti-personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair.

jom heboh

Membuka tirai tahun 2012, Jom Heboh berkunjung ke lokasi pertamanya di Bandaraya Bersejarah, Melaka pada 25 & 26 Februari 2012. Bertempat di perkarangan MITC (Pusat Dagangan Melaka Antarabangsa), Ayer Keroh, Melaka, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik di gerai-gerai kendalian TV3 seperti Studio Cereka, Wanita Inspirasiku, Bananana TV3, MyTV3 dan Kota Ilmu yang memuatkan segala maklumat, cenderamata keluaran terhad dan promosi program-program TV3.

Antara artis-artis yang akan turun padang Karnival Jom Heboh Melaka ialah Kamal Adli, Ika Nabila & Taiyudin (Aksi: Apa Celop), Aiman Hakim Ridza, Nabila Daly & Iqram Dinzly (Lestary: Vanila Coklat), Rose Weiss (Selera), Tasha Shilla, Fiza Halim, Shah Iskandar & Shahrizal Jaszle (Akasia: Atas Nama Cinta), Azzarima (Senda Pagi: Naik Lif Turun Tangga), Chef Shersen (5 rencah 5 rasa), Zizan & Dira Abu Zahar (Melodi), Adi Mentor, Talha Harith, Dedeq, Hanez Suraya dan Raja Freestyler serta personaliti-personaliti TV3 seperti Zakiah Anas, Nor Azzura Azizul Azman & Teh Syuhaida (Wanita Hari Ini), Irin Putri Azmi (Bersamamu), Hazlin Hussain (999), Norzahan Rashid & M. Zulkifli (Malaysia Hari Ini), Azura (Voice Out) dan Adzriefaiz Adzlan (Faiz) & Chad (Muzik Muzik).

Acara kemuncak Jom Heboh 2012 yang dinanti-nantikan oleh para pengunjung semestinya siaran langsung Konsert Jom Heboh pada hari Ahad (26 Februari) jam 9.00 – 10.30 malam di Pentas Utama, tapak Karnival Jom Heboh di MITC, Ayer Keroh yang menampilkan artis-artis popular seperti Alyah, Black, Akim, Awi Rafael, Hazama dan Shiha yang memberi penghormatan kepada Allahyarham Sudirman. Dihoskan oleh Wahid Senario dan Adzriefaiz Adzlan (Faiz), berhiburlah dengan dendangan lagu-lagu Allahyarham Sudirman yang tidak pernah lapuk di kalangan peminat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Adira di Majlis Pelancaran Astro Mania

Konsert Evanescence di KL Live Malam Ini