in ,

Karl Shafek Lancar Jenama Pakaian Neonate

Tidak berhenti sekadar membina nama dalam bidang penyiaran dan hiburan melalui penampilannya sebagai pengacara dan pelakon, Karl Shafek yang turut menghayati perkembangan aliran fesyen serta gaya kini tampil melancarkan jenama pakaiannya sendiri.

Bertitik-tolak daripada kelaziman Karl Shafek yang gemar mengenakan gaya pemakaian jalanan dengan diberi sentuhan ranggi dan berkaraktor, beliau kini muncul mempromosi jenama Neonate melalui item pengenalannya, baju-T koleksi Cervidae.

karl-shafek

Idea mengenai Neonate tercetus apabila Karl Shafek memperhatikan betapa budaya fesyen high-street itu sifatnya sentiasa misteri dan berubah-ubah mengikut selera, kecenderungan serta perilaku generasi semasa yang sukar ditafsir.

Selain mendapat inspirasi daripada sifat manusia itu sendiri, metafora Neonate diambil berdasarkan pelbagai situasi yang berlaku dalam garis masa kehidupan masyarakat seharian.

“Saya memilih rusa sebagai motif pengenalan pada baju-T Neonate saya kerana secara simboliknya, rusa itu memiliki beberapa sifat yang unik dan luar biasa. Ia nampak maskulin tapi elegan dalam pergerakannya. Ia boleh hidup bersatu dalam kawanannya namun tidak kekok jika terpaksa bersendiri dalam persekitaran tertentu. Rusa juga, seperti banyak haiwan lain, memiliki naluri misteri yang pemalu dan ingin tahu namun pada bila-bila masa, ia boleh menjadi garang dan gagah khususnya apabila mahu mempertahankan kawasannya. Begitulah juga manusia,” jelas Karl Shafek berfalsafah.

Menurut bekas peserta program Masterchef Malaysia All Stars itu, koleksi pertama Neonate telahpun diperkenalkan serentak melalui laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter, serta saluran YouTube mulai jam 11 pagi pada 26 Mei lalu.

Diperagakan oleh enam model baharu yang kena dengan konsep wajah ‘muda, segar dan tersendiri’, Neonate telah membawakan bakat-bakat tersebut dari Singapura dan Indonesia selain ditunjangi bakat dari tanah air sendiri. Pemilihan mereka itu dibuat melalui sesi casting secara online dan terbukti pemilihan mereka sangat tepat untuk Neonate Clothing.

“Kami merancang untuk menghasilkan beberapa koleksi setiap bulan bermula Jun ini yang meliputi pakaian serta aksesori. Untuk koleksi pertama yang kami gelarkan Cervidae Red & White 1.0, kami menggunakan material kain kapas sepenuhnya dan sangat selesa dipakai,” terang Karl Shafek.

Secara praktikal, mereka yang mahu mengetahui perkembangan Neonate hanya perlu melawati dan mengikuti laman Instagram @neonate_clothing dengan hashtag #neonaters kerana di situ, jenama tersebut sentiasa tampil dengan kempen terkini selain memberikan tatacara dan idea tentang cara serta gaya berpakaian.

“Neonate perlu dimiliki kerana ia hip dan terkini serta berlainan daripada himpunan jenama streetwear tempatan yang kebanyakannya menggunakan warna-warna gelap. Kami menyediakan rekaan grafik yang bersesuaian untuk remaja di Malaysia.”

Tambah Karl Shafek, kumpulan pereka Neonate kini bersedia untuk mengetengahkan koleksi lengan panjang dan himpunan untuk kanak-kanak pula selain pelbagai aksesori untuk lelaki serta wanita.

Buat masa ini urusan pembelian akan di jalankan melalui e-mel kami dan penghantaran melalui pos laju pada setiap minggu.
Untuk rujukan, kempen Neonate boleh diikuti melalui saluran berikut:

Instagram​: @neonate_clothing
Facebook​: Neonate
Twitter​​: @NeonateClothing
YouTube​: Neonate Clothing
E-mel​​: [email protected]

Karl Shafek

Karl Shafek

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Diana Danielle

Diana Danielle Kini Merancang

Kelebihan PETRONAS PRIMAX 95 Yang Baru Dilancarkan