in , ,

KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah

Saksikan Gelagat Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, Joey Daud, Bell Ngasri & Ramai Lagi di Astro First Bermula 9 September ini dalam KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah Dan Tampilkan Adat & Budaya

Apa terjadi apabila satu-satunya kampung dalam dunia yang dipenuhi dengan penduduk yang ‘melatah’ dan turut menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana keunikan serta adat resam dan budaya melayu yang masih kekal diwarisi. Pasti gamat suasana! Astro Shaw membawakan sebuah filem komedi gamat dengan celoteh lucu yang menjanjikan gelak tawa berterusan, ‘KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN’ Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 9 September ini.

Filem terbitan produksi MEGAPINE (M) tersebut menyaksikan filem tempatan pertama yang mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar cerita serta menghimpunkan nama-nama selebriti cukup terkenal dengan latah spontannya dan lebih menarik ia tidak pernah disaksikan dalam mana-mana filem sebelum ini. 

KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah

Antara pelakon utama yang terkenal dengan latahnya adalah adalah Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah. Selain itu, pelakon lain yang turut menjadi teraju utama adalah, Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad.

Filem ini diperhebatkan lagi dengan penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), Ustaz Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (Pegawai Perubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab). 

Kampung Latah Kena Kuarantin telah menjalani sesi penggambaran di sekitar Janda Baik, Pahang dan ia merupakan hasil arahan pengarah filem komedi 10 Tips Tipu Bini, Azizi Adnan. Beliau juga merupakan penulis skrip untuk filem ini. Manakala, Hazil Izham Ismail dan Nazia Mustafar merupakan Penerbit dan cerita asal. 

KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah

Penerbit Kampung Latah Kena Kuarantin & Wakil MEGAPINE (M), Hazil Izham Ismail melahirkan rasa teruja apabila filem terbitan produksinya bakal menemui penonton Malaysia tidak lama lagi.

Sebagai Penerbit, kami sentiasa komited dalam mempersembahkan konten yang berkualiti dan lebih utama menawarkan naratif berbeza bagi menepati cita rasa penonton. Idea menghasilkan Kampung Latah Kena Kuarantin ini hadir apabila menyedari aksi melatah amat dekat dengan masyarakat Malaysia; malah aksi tersebut banyak menarik perhatian umum sehingga mewujudkan kelompok peminat tersendiri. Kami harap jalan cerita yang santai dan digabungkan dengan suasana gamat oleh barisan pelakon, mampu menghiburkan penonton seisi keluarga.” 

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Astro rasa berbesar hati apabila terus diberi kepercayaan daripada penerbit-penerbit tempatan untuk mempersembahkan filem di platform Astro First. Filem Kampung Latah Kena Kuarantin menawarkan jalan cerita segar dan padat dengan babak komedi. Bukan itu sahaja, filem ini turut memaparkan nilai budaya dan adat resam masyarakat melayu, seperti contoh berpantun, meminang, muzik, kepercayaan dan banyak lagi. Ini sedikit sebanyak mampu mengajak penonton untuk sentiasa menghargai dan berbangga dengan budaya kita. Jika sebelum ini gelagat latah banyak diketengahkan menerusi program-program televisyen popular seperti Punchline DAC, Opocot Melatah dan beberapa drama komedi, namum kali ini penonton dapat menyaksikan pula celoteh mencuit hati tersebut menerusi filem di platform Astro First. Ini merupakan salah satu usaha Astro dalam menyediakan variasi kandungan kepada penontonnya. Kami harap kehadiran filem ini mampu menyajikan penonton dengan pengisian menarik dan dapat membawa keluar seketika daripada tekanan dengan bergelak tawa menerusi hiburannya.” 

KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah

Filem ini mengisahkan tentang KAMPUNG LATAH PERMAI, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).

Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak. 

KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah

Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati. Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan. Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian. Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut. 

KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah

Saksikan filem komedi, Kampung Latah Kena Kuarantin yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 9 September 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. 

KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah
KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah
KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah
KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tebarkan Aura Hari Malaysia 2021 Bersama Drama-Drama Terhebat!

Masya Masyitah Mahu Lebarkan Sayap Ke China Dengan Single JIU MENG XIN SU