in , ,

KAMPONG PISANG MUSIKAL RAYA ISTIMEWA Raih Melebihi RM1 Juta Dalam Tempoh 4 Hari

“Terus Kekal Di Rumah & Penduduk Kampong Pisang Bakal Hiburkan Anda Dengan Jenaka Dan Lagu Hit”

Filem terbitan Astro Shaw dan produksi Enjit-Enjit Semut iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa berjaya meraih kutipan melebihi RM1 juta dalam tempoh 4 hari tayangan di Astro First. Ini secara tidak langsung mengulangi kejayaan filem francais Kampong Pisang yang menemui penonton pada bulan Ramadhan lalu, iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang. Di platform media sosial juga menyaksikan penonton berkongsi komen bahawa filem arahan sutradara Mamat Khalid tidak pernah mengecewakan, dan ada juga merasakan filem muzikal tersebut telah menyerikan ‘mood’ raya serta jenaka yang dipersembahkan membawa penonton lari seketika daripada tekanan dan kebosanan. Lebih mengujakan, rata-rata penonton tidak menyangka barisan pelakon utama seperti Bell Ngasri, Nazeera Sardi, Mat London, Dewa Sapri juga mempunyai bakat dalam nyanyian.

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas kejayaan demi kejayaan tercetus daripada francias ini, ia mendorong pihak kami untuk terus persembahkan lebih banyak filem yang dilihat berpotensi sebagai karya terbaik. Kami yakin dengan adanya karya yang berkualiti dan menepati cita rasa penonton seperti filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, ia akan terus memperkukuhkan kepercayaan penonton terhadap kualiti filem tempatan.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penonton yang telah memberikan sokongan serta reaksi positif pada filem ini dan berharap agar mereka di luar sana yang masih belum menyaksikannya, tidak melepaskan peluang menonton karya istimewa daripada francais Kampong Pisang yang berkonsepkan muzikal.

Kami percaya filem tersebut dapat menghiburkan dan memberi semangat kepada penonton dengan jenaka serta lagu-lagu yang boleh dinyanyikan bersama.

Dan sejajar dengan seruan kerajaan dan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang ini, kami juga harap filem-filem dengan pelbagai genre seperti komedi, seram, romantik di Astro First mampu sedikit sebanyak mengajak penonton kekal berada di rumah.

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Menurut Pengarah Kampong Pisang Musikal Raya IstimewaMamat Khalid, Alhamdulillah, filem ini dilihat diterima oleh kebanyakan penonton dan terima kasih kepada semua barisan pelakon, kru dan semua yang terlibat di atas hasil usaha keras dalam menjayakan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Astro yang sentiasa meletakkan kepercayaan kepada saya untuk mengetengahkan karya-karya yang dihasilkan

Sokongan padu daripada semua pihak ini menjadi penyuntik semangat untuk saya terus menghasilkan lebih banyak karya-karya berbeza dan menarik. Insyallah, nantikan di masa akan datang. ”

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya. Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak. Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian.

Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada.

Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian.

Filem ini menampilkan Datuk Awie, Kaka Azraf, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Siti Elizad Sharifuddin, Raja Azmi, Imuda dan ramai lagi.

Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa dan filem-filem lain seperti filem romantik Dekatnya Cinta, Seandainya Kau Ada, filem seram Penunggang Agama, filem komedi 18 Puasa Di Kampong Pisang, filem Tamil Sulthan, Karnan dan banyak lagi kini berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noor Hisham Covid 19 2020 | 13

Ada Diskaun! Grab Malaysia Menyokong Program Vaksinasi Untuk Warga Emas

Khairul Anwar Salleh | 14

Selamat Ulang Tahun Yang Ke-37 Buat TV3, Tahniah! Kekal Jadi Stesen Nombor Satu Malaysia