in , ,

KAMPONG PISANG KITA SETANDAN, Sebuah Filem Pendek Istimewa Arahan Mamat Khalid

KAMPONG PISANG KITA SETANDAN, Sebuah Lagi Francais Kampong Pisang Yang Memeriahkan Sambutan Hari Malaysia. Sebuah Filem Pendek Istimewa Arahan Mamat Khalid.

Istimewa Sempena Hari Malaysia, Astro mempersembahkan sebuah filem pendek arahan Pengarah tersohor Mamat Khalid bertajuk ‘Kampong Pisang Kita Setandan’. Filem pendek ini bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam sebuah kampung yang sangat terkenal di hati dan ingatan penonton iaitu Kampong Pisang. Penonton boleh menyaksikan filem pendek berdurasi setengah jam ini di Astro 25 (saluran 100) pada 16 September, Khamis atau penonton juga boleh strim platform On Demand dan Astro GO. 

Filem pendek ini ditulis oleh Mamat Khalid sendiri. Sudah menjadi kebiasaan, kemunculan watak Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Pak Karim, Cik Purnama, Ahmad Yassin, Faguha Jabar dan penduduk Kampong Pisang pasti akan dikejutkan dengan berita gempar atau masalah yang perlu diselesaikan. Boleh dikatakan ‘jika tiada masalah, maka bukan Kampong Pisanglah namanya’. 

KAMPONG PISANG KITA SETANDAN, Sebuah Filem Pendek Istimewa Arahan Mamat Khalid

Kali ini isu tercetus apabila Teck Zee anak kepada Ng Chee Lam ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Namun kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya. Mengapa? Di sini geng Kampong Pisang yang diketuai oleh Pak Din Pest Control mencari kepastian dan me-rescue demi memastikan keharmonian penduduk kampung itu. Berjayakah mereka? Saksikan avengers Kampong Pisang beraksi sekali lagi. 

Antara barisan pelakon yang membintangi filem pendek ini adalah Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman dan kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry. 

KAMPONG PISANG KITA SETANDAN, Sebuah Filem Pendek Istimewa Arahan Mamat Khalid

Menurut Pengarah Kampong Pisang Kita Setandan, Mamat Khalid berkata,

“Kampong Pisang Kita Setandan ini dihasilkan bagi menyemat semangat bersatu padu dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia. Pengisian filem pendek ini bukan hanya tentang menyatukan semua bangsa dan meraikan kepelbagaian kaum di negara tercinta, malah adat serta budaya turut diangkat agar ia sentiasa didedahkan kepada generasi muda.

Saya harap, filem pendek ini bukan sahaja menghiburkan penonton dengan telatah penduduk Kampong Pisang, tetapi naskhah ini serasi dengan jiwa semua generasi dan sekali gus mampu membina jiwa bangsa dan semangat bersatu hati.” 

– Mamat Khalid

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Bersempena Hari Malaysia, Astro mempersembahkan sebuah filem pendek istimewa yang mengetengahkan konsep perpaduan kaum menerusi karya popular Kampong Pisang. Menariknya, kali ini penonton dapat melihat jenama 

KAMPONG PISANG KITA SETANDAN, Sebuah Filem Pendek Istimewa Arahan Mamat Khalid

Kampong Pisang membawa mesej berbeza iaitu nilai patriotisme pula. Terima kasih kepada Pengarah Mamat Khalid kerana sentiasa kreatif dalam menampilkan konten terbaik dan padat dengan mesej. Kami berharap, Kampong Pisang Kita Setandan dapat menjadi inspirasi serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat tempatan, selain meraikan Hari Malaysia dengan lebih bererti.” 

Istimewa buat penonton, filem Kampong Pisang Kita Setandan juga turut ditayangkan di saluran lain Astro seperti berikut: 

16 September, Khamis, 5.30 petang 16 September, Khamis, 9.30 malam 18 September, Sabtu, 10.00 malam 20 September, Isnin, 8.00 malam 22 September, Rabu, 12.30 tengahari di Astro Prima (saluran105) Astro Ria (saluran 104) Astro Warna (saluran107) Astro Citra (saluran 108) NJOI TV (saluran 140).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Tempatan & Antarabangsa Bergabung Jayakan Astro 25 Concert

SALIXIUM Mampu Hasilkan Sehingga 7 Juta Unit Kit Ujian Kendiri Covid-19 Sebulan