in

Kamilah Bintang Bakal Cetuskan Fenomena

Astro CERIA cetus fenomena luar biasa di lokasi ujibakat

Semangat jitu untuk menonjolkan bakat mendorong jumlah keseluruhan lebih 1,600 peserta hadir untuk sesi ujibakat Kamilah Bintang. Setelah menjelajah ke Kuantan dan Johor Bahru, sesi ujibakat terakhir di Hotel Quality Shah Alam hujung minggu lalu melengkapkan bukti sokongan luar biasa masyarakat kepada program pencarian bakat terbaru yang bakal disiarkan di Astro Ceria ini.

shahir buat persembahan pentas

Shahir buat persembahan pentas

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Puan Evon Koh berkata, “Berdasarkan syarat penyertaan yang menetapkan kelayakan umur 10 hingga 14 tahun, jumlah peserta yang hadir untuk ujibakat Kamilah Bintang musim pertama ini amat menggalakkan dan di luar jangkaan. Malah, kami cukup terharu dengan kesungguhan para peserta yang hadir daripada pelbagai lapisan masyarakat dan keturunan.

Persiapan daripada segi pemilihan lagu, penampilan diri dan tahap keyakinan membuktikan mereka amat bersungguh-sungguh untuk menyertai program yang bakal menjadi platform kepada mereka untuk menonjolkan bakat ini. Kehadiran dan sokongan ibu bapa dan ahli keluarga pula menambahkan lagi kemeriahan setiap lokasi ujibakat yang kami jelajahi.,” jelas Evon lagi.

Program Kamilah Bintang merupakan program pencarian bakat sewaktu musim cuti sekolah yang akan menyaksikan lima (5) peserta bersaing sepanjang enam minggu. Peserta yang mengumpulkan markah tertinggi akan dinobatkan sebagai juara Kamilah Bintang di peringkat akhir. Sepanjang tempoh itu, mereka akan dibimbing oleh barisan artis profesional yang mempunyai nama besar dalam industri seni Malaysia.

Jelas Evon lagi, ” Setakat ini kami masih berada di peringkat pemilihan. Beberapa nama sudah pun disenarai pendek tetapi kami berhadapan dengan sedikit kesukaran memandangkan kesemua mereka mempunya bakat dan kelebihan yang hampir setara. Kami terpaksa melalui beberapa tapisan pemilihan sebelum memilih peserta terbaik berdasarkan bakat, potensi dan persembahan mereka sewaktu sesi ujibakat.

”Peserta yang terpilih akan dihubungi dalam sedikit masa lagi. Kepada peserta yang tidak terpilih, anda masih boleh mencuba lagi untuk musim akan datang,” tambah Evon.

Bagi menambahkan kerancakkan, persembahan pentas yang diadakan di Plaza Alam Sentral pada minggu lepas juga mendatangkan semangat pertandingan yang luar biasa apabila artis-artis hebat seperti Mawi, Shahir AF8, Bungkface dan Kumpulan Hujan membuat persembahan istimewa. Kira-kira lebih 2,000 orang telah membanjiri ruang legar kompleks membeli-belah itu. Persembahan pentas yang berlangsung hampir dua jam itu juga diakhiri dengan sesi berjumpa peminat sejurus selepas persembahan mereka berakhir.

Kepada para penonton, jangan lupa menyaksikan program Kamilah Bintang yang akan mula bersiaran di Astro Ceria (saluran 611) pada 12 November ini, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

di antara yg hadir ke sesi ujibakat1

antara yg hadir ke sesi ujibakat

salah seorang peserta mencuba nasib

peserta menunjukkan bakat terpendam di khalayak ramai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mr Mama Musim Baru Kembali Lagi

Kini Pelangsingan Anda Bukan Lagi Satu Penyeksaan