Jenama kamera aksi global, AKASO, kini memperkenalkan AKASO SnapX, sebuah kamera bersaiz poket yang direka khas untuk merakam detik-detik spontan dengan gaya yang mudah tetapi tetap berkualiti tinggi. SnapX ini dibina bukan sekadar untuk juruvideo profesional, malah untuk pencipta kandungan, pengembara dan pencerita harian yang mahu rakaman mereka kekal sinematik tanpa perlu membawa peralatan besar dan berat.
Dengan berat hanya 36 gram, SnapX membuktikan pepatah bahawa benda kecil boleh membawa impak yang besar. Badannya yang ringkas dan bergaya membolehkan rakaman hands-free POV (point of view), jadi pengguna bebas merakam dari sudut unik tanpa terasa terbeban. Sama ada disemat di pakaian, dipasang pada aksesori, atau dipegang dengan tangan, hasilnya tetap video 4K yang menawan dan gambar pegun yang tajam, memastikan setiap memori disimpan dengan kualiti seolah-olah hasil produksi filem.
Rakaman Sinematik Dengan Fungsi Serba Lengkap
Dari segi prestasi, SnapX memang tak main-main. Kamera ini menyokong rakaman sehingga 4K pada 60fps, bersama pelbagai mod kreatif seperti time lapse, slow motion, hyperlapse dan night mode. Bagi penggemar fotografi, kamera ini menawarkan gambar pegun sehingga 20 megapiksel dan juga sokongan RAW, memberi lebih kawalan untuk mereka yang gemar edit secara profesional. Satu lagi ciri yang kena dengan zaman sekarang ialah rakaman menegak segera, sesuai untuk kandungan media sosial yang terus boleh dimuat naik tanpa perlu banyak suntingan.
“Kami mahu SnapX menjadi kamera generasi baharu — kecil, ringan tetapi cukup berkuasa untuk hasilkan konten yang boleh terus dikongsi dengan kualiti sinematik,” kata wakil AKASO Malaysia.
Stabil Dan Kukuh Walau Dalam Aksi Ekstrem
Tak guna kalau kualiti gambar mantap tapi rakaman bergoyang. Sebab itu SnapX dilengkapi penstabilan imej canggih dengan giroskop 6-paksi, memastikan footage kekal stabil walaupun dalam pergerakan lasak seperti berbasikal, berskuter atau berlari. Dari segi ketahanan, kamera ini juga bukan calang-calang — dengan penarafan kalis air IPX7, ia boleh digunakan pada hari hujan atau di kawasan berair tanpa risau.
Bateri Tahan Lama, Storan Luas, Perkongsian Pantas
Untuk kegunaan seharian, SnapX hadir dengan bateri 450mAh terbina dalam yang mampu bertahan sehingga 110 minitrakaman berterusan dalam resolusi 1080p. Kalau nak lebih lama, gunakan bersama Action Pod dan anda boleh dapat sehingga 6 jam penggunaan. Dari segi storan, kamera ini ada 64GB terbina dalam, jadi tak perlu kad tambahan untuk permulaan. Perkongsian fail juga laju dengan pemindahan tanpa wayar 2.4GHz, menjadikan pengalaman berkongsi rakaman ke telefon atau komputer lebih mudah. Ia turut menyokong format MP4/H.264 yang serasi untuk hampir semua peranti dan perisian suntingan.
Bukan Sekadar Kamera, Tapi Alat Serbaguna Era Digital
SnapX juga bijak menyesuaikan diri dengan keperluan moden. Ia boleh berfungsi sebagai webcam dengan sokongan sehingga 4K pada 30fps, jadi anda boleh bertukar daripada merakam pengembaraan kepada menghadiri mesyuarat maya atau membuat live stream tanpa sebarang masalah. Dengan adanya aplikasi rasmi dan kawalan melalui Action Pod, pengguna diberi lebih fleksibiliti untuk mengendalikan kamera ini.
Harga, Promosi Dan Tempat Beli
AKASO SnapX kini ditawarkan di platform jualan dalam talian seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop dengan harga runcit disyorkan RM1,299. Sepanjang promosi dari 1 September hingga 30 September 2025, pembeli boleh menikmati baucar diskaun RM100. Tawaran ini menjadikannya lebih berbaloi, terutama untuk mereka yang sedang mencari kamera aksi kecil tapi berkuasa.
Tentang AKASO
Sebagai salah satu jenama kamera aksi terkemuka dunia, AKASO dikenali dengan produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Dengan falsafah “Let Life Run”, AKASO menggalakkan lebih ramai individu untuk meneroka, berkarya, dan berkongsi kehidupan mereka. Jenama ini juga komited terhadap kelestarian alam sekitar, malah turut bekerjasama dengan atlet dan komuniti untuk inisiatif pemuliharaan. Dengan gudang di Amerika Syarikat, sokongan pelanggan yang pantas, serta jurutera berpengalaman, AKASO memastikan servis yang dipercayai untuk semua pengguna.
Apa Kata Budiey?
Kalau nak dibandingkan dengan kamera aksi lain yang ada di pasaran, AKASO SnapX memang beri saingan kuat terutama dari segi saiz, kualiti rakaman dan harga. Bagi Budiey, kamera ini sesuai sangat untuk pencipta kandungan media sosial yang nak rakam video TikTok, Instagram Reels atau vlog harian tanpa perlu setup yang complicated. Cuma dengan berat 36 gram, ia boleh jadi ‘teman setia’ dalam poket. Namun begitu, ada juga ruang penambahbaikan, contohnya kapasiti storan terbina dalam mungkin agak terhad untuk pengguna hardcore yang suka rakam video panjang berterusan. Tetapi dengan adanya promosi RM100 diskaun, kamera ini jadi lebih berbaloi untuk dimiliki. Bagi Budiey, SnapX ialah bukti bahawa teknologi sekarang semakin memudahkan — kecil, ringan, tetapi mampu hasilkan karya sebesar layar perak.