in , ,

“Kali Ini Lebih Gementar,” Umum Kehamilan Kedua, Siti Nurhaliza Ikut Saranan Ustaz

Selepas mendedahkan berita gembira menerusi akaun Instagram miliknya semalam, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengakui kehamilan kedua membuatkan beliau lebih gementar dan beremosi.

Siti juga mengakui masih menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilization (IVF) untuk kandungannya kali ini. 

“Ya, kandungan kali ini saya lebih nervous sebab risiko tinggi lebih-lebih lagi negara masih dalam fasa pandemikMalah kali ini saya saya rasa lebih beremosi dan cepat penat mungkin kerana faktor usia,” katanya. 

Siti Nurhaliza
Ketahuilah bahawa rasa syukur merupakan tingkatan tertinggi, dan ini lebih tinggi daripada kesabaran, ketakutan (khauf), dan keterpisahan dari dunia (zuhud). – Imam al-Ghazali

Kandungan Kedua Masih Melalui Proses IVF

Menurutnya, rawatan IVF tersebut sepatutnya dijalankan lebih awal dari tarikh sebenar, namun disebabkan peningkatan kes Covid-19, rawatan tersebut berjalan sedikit lewat. 

“Saya masih menjalani rawatan IVF untuk kandungan kali ini. Masa tu, saya rasa 50-50, sebab sebelum ini pun saya banyak kali buat juga kan, jadi saya tak berharap tapi, Allah sahaja yang tahu masa tu,” katanya lagi. 

Ikut Saranan Ustaz

Ketika ditanya mengapa beliau memilih tarikh 1 Disember 2020 sebagai tarikh pengumuman, Siti bagaimanapun memaklumkan bahawa ia adalah berdasarkan nasihat yang diberikan dari ustaz. 

Sebenarnya, bukan mengenai tarikh pun. Cuma ustaz kata adalah lebih baik jika kandungan berusia 4 bulan baru diumumkan kerana masa itu roh telahpun ditiup,” katanya pada majlis pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya, semalam. 

Tambahnya lagi, kini usia sebenar kandungan beliau telah masuk 4 bulan setengah. 

Terdahulu, Siti mengumumkan dia hamil selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K sekitar tahun 2017. 

Kemudian, Siti selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tengku Zafrul | 23

Mark Your Calendar! Rayuan GKP 2.0 Dibuka Bermula 7 Disember Ini

Wani Hasrita 2020 | 24

12 Finalis Anugerah Juara Lagu Bakal Diumumkan Pada 15 Disember 2020