in ,

Kaki Che Ta Terseliuh Semasa Penggambaran Drama DAYANG SENANDUNG

Malang tidak berbau. Begitulah nasib menimpa pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan apabila kaki kirinya terseliuh ketika dalam penggambaran drama Dayang Senandung di sebuah hotel di Puchong, petang semalam.

Rozita Che Wan yang cedera di lutut kiri ketika menjalani penggambaran drama Dayang Senandung di sebuah hotel di Puchong, Selangor, petang semalam. Dalam kejadian itu, Rozita atau mesra disapa Che Ta, terjatuh selepas seorang pelakon tambahan terpijak kainnya.

“Betullah malang tidak berbau… Saya reda dengan ujian ini. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.

“Sampai berbalut lutut… Ini pengalaman pertama saya terjatuh di lokasi penggambaran,”

– Che Ta
Kaki Che Ta Terseliuh Semasa Penggambaran Drama DAYANG SENANDUNG

Sebaik terjatuh, penerbit drama berkenaan, Zeel Production pantas membawa Rozita mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

Rozita mula risau dengan komitmen dalam dua drama lain yang perlu dibereskan selepas kakinya terseliuh.

“Memang betul-betullah kena serbu, sampai terjatuh. Sekarang kena makan ubat tahan sakit sebab tak tahan sakit berdenyut,”

“Apabila sudah bengkak lutut, jadi ‘sado’ pula nampaknya. Apapun, saya bersyukur tiada tulang yang retak, hanya bengkak sahaja.

“Doktor pun kata, tulang saya kuat lagi. Bagaimanapun, lutut memang bengkak teruk”

– Che Ta

Berikutan keadaan kakinya itu, Rozita risau dengan penggambaran drama lain yang perlu dijayakannya.

“Selain Dayang Senandung, saya terbabit dengan drama Juliet dan Kebaya Kasut Kanvas.

“Huru-haralah jadual saya selepas ini. Doktor beri cuti seminggu untuk saya berehat,” katanya.

– Che Ta

Namun, Rozita sedia berlakon jika pengarah membenarkan babak dijayakan dalam keadaan dia duduk.

“Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi dan tidak selesa bertongkat di set,”

– Che Ta

Che Ta yang bertekad mahu menyelesaikan penggambaran membabitkannya berharap kecederaan itu akan segera pulih.

Ini kerana selepas drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production itu, Che Ta akan terbabit pula dengan penggambaran drama Juliet dan Kebaya Kasut Kanvas.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Laudya Cynthia Bella Akui Sudah Bercerai dengan Engku Emran

Ustaz Ebit Lew Simpati dengan Kisah Kemiskinan Tok Ki